Tuesday 22 November 2011

SAPS Untuk Nilai Prestasi Murid

KUALA LUMPUR: Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) adalah untuk menilai perkembangan prestasi murid dan tidak timbul soal ketidakadilan kepada sekolah luar bandar berbanding sekolah di bandar, kata Timbalan Menteri Pelajaran Dr Mohd Puad Zarkashi.
Katanya SAPS merupakan sistem analisis data standard yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran yang menilai dan mengikuti prestasi pelajar sekolah tanpa mengira sama ada sekolah itu di bandar atau di luar bandar.
"Ia bukan bertujuan mengukur pencapaian sesebuah sekolah sebaliknya berfungsi untuk mengesan kelemahan murid bagi mengatasi kelemahan berkaitan pelajaran yang dihadapi murid di sesebuah sekolah seawal yang mungkin," katanya ketika menjawab soalan Che Uda Che Nik (Pas-Sik) di Dewan Rakyat Selasa.
Mengenai capaian internet di sekolah luar bandar yang membebankan guru-guru untuk aplikasi SAPS, Mohd Puad berkata kementerian berusaha menyediakan tiga hingga lima buah server di setiap sekolah.
"Dan bagi mengurangkan tekanan kepada guru semasa proses pengisian markah peperiksaan, guru-guru hanya perlu mengisi sistem SAPS setahun dua kali sahaja iaitu bagi markah peperiksaan pertengahan tahun dan akhir tahun," katanya.
Menjawab soalan tambahan Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh (BN-Kalabakan)mengenai peruntukan kepada sekolah luar bandar untuk mengadakan kelas tuisyen, Mohd Puad berkata kementerian ada menyediakan peruntukan untuk kelas tuisyen di sekolah luar bandar. - BERNAMA

Thursday 17 November 2011

UPSR 2011

5A
Sekalung tahniah diucapkan kepada calon-calon UPSR 2011 yang telah berjaya dalam peperiksaan yang telah diumumkan. Seramai 13 orang calon telah mendapat 5A dalam keputusan yang diumumkan jam 10 pagi 17 November 2011. 

Seramai 82 orang calon yang mengambil peperiksaan tersebut, daripada jumlah tersebut 73 orang telah lulus semua mata pelajaran. Apa yang lebih membanggakan adalah keputusan bagi Bahasa Inggeris mencatat rekod tersendiri dengan kesemua calon lulus mata pelajaran tersebut. Manakala bagi mata pelajaran lain, jumlah lulus A, B & C melebihi 90%.


Wednesday 16 November 2011

Anugerah Kecemerlangan

Majlis Anugerah Kecemerlangan Murid 2011 telah diadakan pada 15 November 2011 di Dewan SKAT. Majlis yang dirasmikan oleh YDP PIBG Tn. Hj. Ramli bin Abdullah bermula jam 9.00 pagi memberi penghargaan kepada kejayaan murid-murid dalam peperiksaan akhir tahun. Majlis tersebut turut dihadiri oleh Guru Besar dan semua guru SKAT. Antara anugerah yang diberikan dalam majlis tersebut adalah anugerah pencapaian dalam kela, anugerah mata pelajaran terbaik, anugerah kelas KAFA, Anugerah Nilam, anugerah pelajar terbaik serta graduasi pra sekolah. Dalam majlis tersebut juga telah disampaikan hadiah utama bagi Anugerah Nilam iaitu sebuah basikal.

Ibu bapa...

Persembahan murid tahun 2

Graduasi Pra Sekolah

Persembahan Pra

Terima kasih cikgu....

Persembahan tahun 3

Anugerah Nilam

Tokoh Murid Lelaki

Tokoh Murid Perempuan

Tuesday 15 November 2011

Korban

Sambutan Hari Raya Aidil Adha telah diadakan di SKAT pada 8 November 2011 iaitu pada hari raya ketiga. Seekor lembu telah dikorbankan dalam majlis tersebut hasil kerjasama 7 orang guru yang bermurah hati untuk mengadakan majlis korban di sekolah. Sebahagian daripada daging tersebut telah dimasak di sekolah dan sebahagian besar daripada daging tersebut telah diagihkan kepada pihak yang berkenaan.

Sementara itu, majlis khatam Quran bagi murid tahun 6 telah diadakan serentak di dewan sekolah. Majlis tersebut telah dikendalikan oleh Ustaz Nazar. Selesai majlis, murid-murid dijamu dengan nasi minyak yang telah dimasak oleh guru-guru dan kaki tangan sekolah.

Sembelih

Lapah

Proses menyiang daging...

Dalam dewan

Khatam Quran

Agih....

Masak...