Saturday 28 January 2012

Latihan Merentas Desa

Bersedia untuk larian...

Melalui kawasan kampung...
Latihan merentas desa telah diadakan buat kali pertama pada hari Khamis 26 Januari 2012. Latihan yang diadakan tepat jam lima petang melibatkan murid-murid tahun 4, 5 dan 6 SKAT dan guru-guru. Jarak larian sekitar 4km melalui kampung Atas Tol dan kampung disekitarnya. Latihan tamat sejam kemudian.

Friday 20 January 2012

Sukarnya Mencari Ilmu


Gambar yang diambil daripada akhbar Berita Harian pada 20 Januari 2012 menunjukkan kegigihan sekumpulan pelajar sekolah di Indonesia menyeberangi sisa runtuhan jambatan untuk ke sekolah. Adakah kita sanggup melakukan perkara sebegini jika keadaan ini terjadi di tempat kita.... Sedangkan kita yang dihantar oleh ibu bapa dengan kenderaan yang selesa masih juga malas untuk ke sekolah.... Fikir-fikirkan.....