Sunday 29 December 2013

Pendaftaran Sesi Persekolahan 2014


Pendaftaran sesi persekolahan tahun 2014 telah diadakan pada hari Ahad 29 Disember 2013 bertempat di Dewan SKAT. Semua murid yang akan memulakan sesi persekolahan pada 1 Januari 2014 hadir ditemani oleh ibu bapa masing-masing pada hari pendaftaran yang bermula pada jam 8.30 pagi. Urusan pendaftaran berjalan lancar mengikut kelas masing-masing yang diuruskan oleh guru kelas berkenaan.