Tuesday 20 May 2014

Minggu Sains

Minggu Sains SKAT telah diadakan pada 4 hingga 8 Mei 2014. Beberapa acara telah diadakan pada minggu tersebut seperti kuiz sains, pertandingan mencipta dan menyampaikan pantun sais dan juga pameran serta eksperimen sains. Acara yang dianjurkan oleh Panitia Sains itu melibatkan semua murid dari tahun 1 hingga tahun 6.

Murid tahun 2 Amanah sedang 
melakukan ujikaji pernafasan mikrob

Murid 3 Amanah melakukan ujikaji model turbin

Suasana semasa aktiviti pameran dan eksperimen sains dijalankan.

Menyampaikan pantun sains

Wednesday 14 May 2014

Ceramah Keselamatan Jalanraya




     SKAT dengan kerjasama Unit Bimbingan dan Kaunseling telah mengadakan kempen kesedaran keselamatan jalanraya pada hari Isnin 12 Mei 2014. Pihak sekolah telah menjemput penceramah dari Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) untuk menyampaikan ceramah mengenai keselamatan jalanraya, langkah-langkah keselamatan semasa menggunakan jalanraya bagi mengelakkan kemalangan. Ceramah tersebut telah disampaikan oleh Tuan Haji Ramli bin Yusof dari JKJR.
         Ceramah tersebut yang diselang-selikan dengan tayangan video mengenai penggunaan jalanraya yang selamat telah menarik perhatian murid-murid tambahan pula disertakan dengan cenderamata kepada murid-murid yang dapat menjawab soalan yang diberikan. Ceramah yang berakhir jam 10.30 pagi banyak memberikan input yang berguna kepada murid-murid untuk dipraktikkan semasa berada di jalanraya.