Tuesday 21 October 2014

Perkhemahan Tahunan Unit Beruniform

Berkhemah dalam taman



Perkhemahan Tahunan Unit Beruniform pada tahun ini telah diadakan pada 16 hingga 18 Oktober 2014 bertempat di perkarangan SKAT. Perkhemahan yang disertai oleh semua murid tahun 5 dan 6 itu dipenuhi dengan pelbagai aktiviti untuk memberi pendedahan dan pengalaman kepada peserta perkhemahan.

Slot ceramah agama

Di antara aktiviti yang diadakan ialah aktiviti asas perkhemahan dan pertolongan cemas seperti memasang khemah, ikatan dan simpulan serta anduh. Pada malam pertama semua peserta dibawa melawat ke kilang percetakan akhbar kumpulan NST di Ajil. Semua peserta melihat kerja-kerja percetakan akhbar dilakukan pada waktu tengah malam.

Di NST Ajil
Pada pagi Jumaat, peserta dipecahkan kepada dua kumpulan iaitu lelaki dan perempuan untuk melakukan aktiviti khidmat masyarakat. Dengan kerjasama JK Masjid Atas Tol dan JKKK Atas Tol, peserta perempuan melakukan aktiviti gotong royong membersihkan masjid manakala peserta lelaki membersihkan tanah perkuburan. Dalam aktiviti membersihkan kubur, peserta dikejutkan dengan kehadiran pelakon terkenal yang berasal dari Kg. Atas Tol iaitu Eman Manan.

Bersih kubur

Bersama Eman Manan

Bersama masyarakat kampung




Guru-guru perempuan tak lepaskan peluang bergambar...

Slot Motivasi Khas Bersama Eman Manan

Bergambar bersama Eman Manan
Aktiviti pada sebelah petang pula ialah pertandingan memasak dan permainan tradisional manakala pada malamnya diadakan malam kebudayaan. Acara pada hari terakhir ialah senamrobik dan pertandingan kawat kaki serta gotong royong meruntuhkan khemah dan membersihkan tapak perkhemahan. Acara penutup dan penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh GPK Kokurikulum mewakili Tuan Guru Besar pada pukul 12.00 tengah hari.

Pertandingan Memasak

Malam Kebudayaan

Malam Kebudayaan

Senamrobik