Thursday 24 March 2016

Lawatan Timbalan Pengarah Pendidikan Terengganu




Pada 23 Mac 2016, SKAT telah menerima kunjungan daripada Timbalan Pengarah Pendidikan Terengganu Tn. Hj. Matsor b Ismail. Dalam kunjungan singkat itu beliau berkesempatan meninjau perjalanan peperiksaan OTI 1 yang sedang berlangsung.

Wednesday 9 March 2016

Gerhana Matahari Di SKAT

Solat dan khutbah gerhana

Lihat gerhana menggunakan alatan ciptaan panitia sains

teropong...

Melihat gerhana

Fenomena alam gerhana matahari separa yang berlaku pada pagi 9 Mac 2016 di seluruh negara dimanfaatkan oleh guru-guru dan murid-murid di SKAT. Fenomena yang jarang-jarang berlaku itu di mana kali terakhir terjadi pada Januari 2010 dan jika anda terlepas untuk menyaksikannya ianya akan berlaku lagi pada 26 Disember 2019.

Di SKAT, telah diadakan solat sunat gerhana matahari melibatkan guru-guru dan murid-murid yang dipimpin oleh Ustaz Maliki Ali, bacaan khutbah gerhana diadakan sejurus selepas solat. Selepas solat sunat gerhana, murid-murid diberi peluang melihat fenomena gerhana dibantu oleh guru-guru dengan menggunakan alatan khas yang disediakan oleh Panitia Sains. Murid-murid tidak melepaskan peuang untuk melihat fenomena gerhana tersebut.


Tuesday 8 March 2016

Rekod Baru Kejohanan


Tahniah kepada adik Muhammad Nabil Muslim bin Mohd Nasir 
yang merangkul pingat emas dalam acara Lontar Peluru L11
 di Kejohanan Balapan dan Padang MSSDKT yang berlangsung 
di Trek Olahraga SMK Sultan Sulaiman pada 6 Mac 2016. 
 Muhammad Nabil Muslim dari tahun 5 Tekun 
melakukan lontaran sejauh 7.56m 
dan mencatat rekod baharu kejohanan. 

Tahniah dari SKAT.

Tahniah kepada adik Nur Balqis Nisrina bt Ahmad Redzuan kerana telah terpilih 
mewakili Terengganu ke Kejohanan Bola Baling Kategori P12 MSSM 
yang akan berlangsung di Kedah pada 13 - 18 Mac 2016. 
Semoga pasukan Terengganu mendapat kejayaan dalam kejohanan ini.

Thursday 3 March 2016

SKAT Naib Juara Bola Baling L12 MSSDKT

Kejohanan bola baling MSSDKT berlangsung di SKAT pada 24 Februari hingga 2 Mac 2016. Kejohanan selama 5 hari tersebut terbahagi kepada 4 kategori iaitu L17, P17, L12 dan P12. SKAT mengambil bahagian dalam dua acara iaitu L12 dan P12.

Dalam kategori P12, pasukan perempuan SKAT mara hingga ke peringkat suku akhir apabila tewas kepada pasukan SK Banggol Peradong. Manakala dalam kategori L12, pasukan SKAT muncul sebagai naib juara apabila tewas dalam perlawanan akhir kepada pasukan SK Padang Midin. Majlis perasmian penutup dan penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh timbalan PPD Kuala Terengganu Tn Hj Khairi b Mohd Nor. Tahniah kepada kedua-dua pasukan terutamanya pasukan L12 yang mendapat pencapaian terbaik setakat ini.


P12 SKAT

Perlawanan dengan SK Banggol Peradong
L12 SKAT bersama jurulatih dan guru-guru 
Perasmian penutup oleh timbalan PPD KT

Wira SKAT

Meraikan kejayaan sebagai naib juara bersama jurulatih dan pentadbir