Thursday, 21 July 2011

Aktiviti Kokurikulum 2

 Nasi Goreng Puteri....

 Siap doh....

 Nasi Goreng Berapi...

 Nasi Goreng Asap....

 Nasi Goreng Telur....

 Ustaz Nazar.... tukang rasa....

 Demo oleh cg Nazeri....

 Ramainya pelanggan sedang menunggu....

Aktiviti kokurikulum pada 19 Julai 2011 di SKAT diisi dengan acara memasak nasi goreng. Aktiviti yang bermula jam 2.00 petang itu dikendalikan oleh semua guru pemimpin badan beruniform dan disertai oleh gabungan semua ahli unit beruniform. Acara memasak yang menggunakan dapur kayu dijalankan di padang SKAT, peserta membawa bahan-bahan dari rumah termasuk kayu api, bahan mentah dan juga beras, walaubagaimanapun nasi dimasak oleh guru-guru terlebih dahulu.

Wednesday, 13 July 2011

Rawatan Gigi

 Demonstrasi memberus gigi.

Lakukan dengan cara yang betul.




Unit Bergerak Klinik Pergigian Hiliran telah mengadakan rawatan gigi di SK Atas Tol bermula 3 Julai 2011 dan akan berakhir pada 14 Julai 2011. Beberapa orang jururawat pergigian telah berkampung di SKAT untuk menjalankan rawatan tersebut kepada semua murid dari tahun 1 hingga 6.

Aktiviti Kokurikulum




Aktiviti kokurikulum yang dijalankan pada setiap hari Selasa melibatkan semua murid tahap 2 SK Atas Tol diadakan bermula jam 2.00 - 4.00 petang. Aktiviti mingguan ini diadakan mengikut unit masing-masing dan ada kalanya diadakan secara berkelompok melibatkan semua murid. Pada minggu ini, aktiviti yang dijalankan ialah memasanh khemah. Aktiviti yang diadakan di padang sekolah ini memberi pendedahan kepada murid mengenai cara pemasangan khemah yang betul.

Larian 1M1S 1 Malaysia


 
Larian 1M1S 1Malaysia peringkat SK Atas Tol telah diadakan pada 2 Julai 2011 melibatkan semua murid tahap dua, guru-guru dan kaki tangan SK Atas Tol. Peserta larian telah dilepaskan oleh GPK Kokurikulum, En. Mohammad b Sulaiman tepat jam 7.45 pagi. Turut menyertai larian sejauh 1.5 km tersebut ialah Guru Besar, En. Ismail bin Kassim.

Tuesday, 12 July 2011

Sepatah Kata Guru Besar

Assalamualaikum w.b.r.


Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah s.w.t. akhirnya SK Atas Tol mempunyai blognya sendiri. Walaupun agak ketinggalan berbanding dengan sekolah-sekolah lain, namun SK Atas Tol tidak mahu terpinggir dari arus perdana kemajuan teknologi. Atas dasar ini SK Atas Tol telah melancarkan blog ini agar dapat sama-sama bersaing dalam arus teknologi siber dengan dunia tanpa sempadan dan maklumat di hujung jari ini.

Saya berharap agar blog ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh guru-guru dan murid-murid serta ibu bapa juga masyarakat sekitar untuk mengikuti perkembangan SKAT secara maya atau secara dalam talian. Semoga dengan pelancaran blog ini akan merapatkan lagi perhubungan antara kita semua.

Sekian, terima kasih.

Ismail bin Kassim
Guru Besar
SK Atas Tol