Sempena bulan kemerdekaan 2011, SKAT turut menyahut seruan kerajaan untuk mengibarkan jalur gemilang.... Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke-54 dan Selamat hari Raya Aidil Fitri......
Monday, 29 August 2011
Saturday, 27 August 2011
Khatam Quran Dan Bantuan Hari Raya
Khatam Quran
Ustaz Nazar memimpin majlis khatam
Khusyuk...
Guru-guru SKAT
Majlis Khatam Quran dan penyampaian bantuan hari raya telah diadakan pada hari terakhir persekolahan sebelum cuti sempena Aidilfitri. Majlis yang dimulakan dengan acara khatam quran telah bermula jam 10.30 pagi diadakan di Dewan SKAT melibatkan murid-murid tahun 6 dan dipimpin oleh Ustaz Nazar.
Guru Besar menyampaikan ucapan
Setiausaha Kehormat DPPMT
Penyampaian Hamper Raya
Majlis kemudiannya diteruskan dengan acara penyampain bantuan hari raya kepada 50 orang murid-murid yang terpilih. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Setiausaha Kehormat Dewan Perniagaan Melayu Malaysia cawangan Terengganu (DPPMT) En. Ahmad Zaini b Abd. Ghani.
Dapat duit raya
Acara terakhir pada hari tersebut ialah penyampaian duit raya kepada semua murid SKAT. Semua murid menerima duit tersebut yang diagihkan oleh GPK Pentadbiran dan GPK HEM. Sebelum pulang, murid-murid bersalaman dengan semua guru..... Selamat Hari Raya...
Syarat Baru Kemasukan SBP Untuk Murid Miskin Dan Luar Bandar
KUALA LUMPUR, 26 Ogos (Bernama) -- Kementerian Pelajaran menggubal syarat baru kelayakan minimum kemasukan tingkatan satu ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) iaitu keputusan Ujian Peperiksaan Sekolah Rendah (UPSR) 3A 2B bagi murid daripada keluarga miskin dan 4A 1B bagi murid luar bandar, mulai tahun depan.
Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata syarat baru itu bertujuan membantu dua kategori murid itu mendapat pembelajaran yang lebih sempurna dan memberi peluang kepada mereka untuk ke SBP.
"Matlamat utama adalah supaya murid-murid ini akan mendapat kelulusan pada peringkat tertinggi dan mampu untuk merubah taraf hidup keluarga mereka ke arah kehidupan yang lebih berkualiti," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Antara kriteria pemilihan murid ke SBP sebelum ini ialah keputusan 5A dalam UPSR dan aktif dalam kegiatan kokurikulum.
Muhyiddin berkata kementerian sedar murid-murid daripada keluarga miskin dan murid dari sekolah luar bandar ramai yang ketinggalan dan kurang mampu untuk mendapatkan bantuan seperti kelas tambahan berbayar selain ada yang tidak dapat menumpukan kepada masa pembelajaran yang sempurna kerana hidup keluarga yang susah.
"Kementerian juga mendapati pendedahan kelompok ini kepada pembelajaran am dan dunia luar amat terhad disebabkan oleh kedudukan rumah, sekolah dan keluarga mereka yang kurang mampu," katanya.
Muhyiddin berkata Kementerian Pelajaran sentiasa memikirkan dan mengambil langkah untuk membantu para pelajar yang tidak berkemampuan dan yang ketinggalan seperti pelajar miskin dan pelajar di luar bandar.
Menurut kenyataan itu, pelajar miskin dikategorikan berdasarkan pendapatan keluarga yang merujuk kepada ketetapan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Mengikut Wilayah 2007 iaitu sebanyak RM720 sebulan bagi Semenanjung Malaysia, RM960 sebulan bagi Sabah dan Labuan serta RM830 sebulan bagi Sarawak.
Menurut data lokasi sekolah Kementerian Pelajaran, sebanyak 4,319 sekolah rendah dikategorikan sebagai lokasi luar bandar manakala 830 buah lokasi pedalaman.

-- BERNAMA
Wednesday, 24 August 2011
Bubur Lambuk
Proses mengadun ramuan
Aktiviti mengacau bubur
Isi air secukup rasa
Siap....
Proses membungkus....
Diagihkan kepada murid...
Aktiviti terakhir.... basuh periuk....
SKAT telah mengadakan aktiviti memasak bubur lambuk pada hari Selasa, 23 Ramadan/23 Ogos 2011. Sebanyak 2 periuk bubur lambuk telah dimasak oleh guru-guru dan pekerja sekolah. Bubur yang telah dimasak kemudiannya diagihkan kepada semua murid, guru dan kaki tangan serta pekerja swasta SKAT.
Monday, 22 August 2011
Lailatul Qadar
LAILATUL QADAR merupakan satu malam yang mempunyai kelebihan lebih seribu bulan yang lain. Ia dibuktikan seperti firman Allah di dalam al-Quran dalam surah al-Qadr. Kita disuruh untuk menghidupkan malam lailatul qadar dan tidak membiarkannya berlalu begitu sahaja. Rasulullah saw telah bersabda dalam hadis daripada Abu Hurairah bermaksud: “Sesiapa yang menghidupkan malam lailatul qadar penuh keimanan dan keikhlasan akan diampun baginya dosa yang telah lalu”.
Allah menyembunyikan malam lailatul qadar dari pengetahuan kita sebagaimana Dia menyembunyikan segala sesuatu yang lain. Dia menyembunyikan keredaan-Nya pada setiap ketaatan sehingga timbul dalam diri kita keinginan untuk melakukan semua ketaatan atau ibadat itu. Begitu juga Dia menyembunyikan kemurkaan-Nya pada setiap perkara maksiat agar kita berhati-hati dan menjauhi segala maksiat dan tidak memilih antara dosa besar dan kecil. Dia menyembunyikan wali-wali agar manusia tidak terlalu bergantung kepada mereka dalam berdoa sebaliknya berusaha sendiri dengan penuh keikhlasan kerana Allah menerima segala doa orang yang bersungguh-sungguh dan tidak mudah berputus asa. Dia menyembunyikan masa mustajab doa pada hari Jumaat supaya kita berusaha sepanjang harinya. Begitu juga Allah menyembunyikan penerimaan taubat dan amalan yang telah dilakukan supaya kita sentiasa bersegera dalam bertaubat.
Demikianlah juga dengan penyembunyian malam lailatul qadar agar kita membesarkan dan menghidupkan keseluruhan malam Ramadhan dalam mendekatkan diri kepada-Nya bukan hanya sekadar menunggu malam lailatul qadar sahaja. Tetapi inilah penyakit besar yang menimpa umat Islam yang menyebabkan malam-malam Ramadhan lesu kerana mereka hanya menanti malam yang dianggap malam lailatul qadar sahaja untuk beribadat. Disebabkan mengejar kelebihan lailatul qadar yang tidak kita ketahui masanya yang tertentu, kita terlepas dengan kelebihan Ramadhan yang hanya datang setahun sekali.
Daripada Hazrat Aishah r.a. beliau berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda, “Carilah Lailatul Qadar pada bilangan hari yang ganjil dari sepuluh malam terakhir Ramadhan”.
Pada pendapat kebanyakan ulama, sepuluh hari terakhir Ramadhan bermula malam ke-21 dan ini adalah umum sama ada bulan itu mengandungi 29 hari ataupun 30 hari. Dari perkiraan ini berdasarkan hadis di atas, pencarian lailatul qadar hendaklah dilakukan pada malam ke 21, 23, 25, 27 dan 29. Sekiranya bulan itu mengandungi 29 hari pun maka malam-malam inilah yang masih dikatakan 10 hari terakhir.
Antara tanda-tanda dalam mengetahui malam lailatul qadar adalah berdasarkan beberapa hadis antaranya, Abi Ibnu Ka’ab telah meriwayatkan bahawa Rasulullah saw telah bersabda mengenai lailatul qadar yang ertinya “Sesungguhnya matahari yang keluar pada hari itu tidak begitu bercahaya (suram). Diriwayatkan dari Rasulullah saw bahawa baginda telah bersabda : “Sesungguhnya tanda-tanda lailatul qadar, bahawa malamnya bersih suci seolah-olah padanya bulan yang bersinar, tenang sunyi, tidak sejuk padanya dan tidak panas, tiada ruang bagi bintang untuk timbul sehingga subuh, dan sesungguhnya tanda-tanda matahari pada paginya terbit sama tiada baginya cahaya seperti bulan malam purnama tidak membenarkan syaitan keluar bersamanya pada hari itu”.
Ketahuilah apabila tiba lailatul qadar Allah s.w.t. akan memerintahkan Jibrail a.s supaya turun bersama satu kumpulan besar malaikat. Bersama mereka terdapat bendera hijau. Beliau akan memacakkan bendera itu di atas Ka’abah. Jibrail a.s mempunyai seratus sayap. Dua daripada sayap itu tidak pernah dibuka kecuali pada malam itu sahaja. Lalu beliau membuka kedua-dua sayapnya sehingga menutupi timur dan barat. Kemudian pada malam tersebut Jibrail a.s akan mendorong malaikat lain supaya mereka pergi memberi salam kepada setiap orang yang sedang berdiri atau duduk, bersolah atau berzikir. Maka para malaikat itu akan berjabat tangan dengan mereka dan akan mengaminkan doa-doa mereka sehingga terbit fajar. Apabila terbit fajar Jibrail a.s akan menyeru segala malaikat, “Sekarang pulanglah!.” Para malaikat itu pun akan bertanya, “Wahai Jibrail apakah keperluan orang beriman di kalangan umat Muhammad s.a.w.?” Beliau akan menjawab, “Allah s.w.t. telah memerhatikan mereka pada malam ini lalu telah mengampunkan mereka semua kecuali empat jenis manusia”. Maka para malaikat pun bertanya, “Siapakah mereka ya Rasulullah?” Baginda saw bersabda, “Lelaki yang berterusan minum arak, seseorang yang menderhakai kedua-dua ibu bapanya, seseorang yang memutuskan silaturrahim dan musyahin”. Mereka bertanya, “Ya Rasulullah, siapakah musyahin itu?” Baginda saw menjawab, “Dia ialah musorim (orang yang berhasad dengki dan memutuskan hubungan”.
Thursday, 11 August 2011
Ihya' Ramadhan
Program Ihya' Ramadhan SKAT telah diadakan sepanjang bulan puasa ini. Antara pengisian program tersebut ialah tadarus Quran yang melibatkan semua murid SKAT. Tadarus Quran yang berlangsung selama 15 minit pada waktu rehat itu diadakan pada jam 9.45 bagi tahap 1 dan jam 10.15 bagi tahap dua. Program yang dipimpin oleh guru-guru pendidikan Islam diadakan di dewan dan surau sekolah.
Tuesday, 2 August 2011
Kem Bestari Solat Tahun 1
Kem Bestari Solat Tahun 1 SKAT telah diadakan pada 20 Julai 2011 bertempat di surau sekolah. Kem yang bermula jam 12.45 tengah hari itu disertai oleh semua murid tahun 1 berjumlah 54 orang. Antara aktiviti yang diadakan semasa kem tersebut ialah pendedahan kepada perkara-perkara rukun dan sunat dalam wuduk serta amali mengambil wuduk. Murid-murid juga didedahkan dengan amali solat dan solat zohor secara berjemaah. Kem yang dikendalikan oleh Panitia Agama Islam itu berakhir pada jam 4.00 petang.
Subscribe to:
Posts (Atom)