Tuesday, 20 November 2012

Tahniah...

Bersama guru-guru...

Bersama ibu bapa...

Terbaik...

Kami Boleh

Tahniah diucapkan kepada murid-murid yang berjaya mendapat 5A dalam peperiksaan UPSR yang diumumkan hari ini. Dalam peperiksaan tersebut seramai 8 orang calon daripada 72 orang telah mendapat 5A manakala 9 orang mendapat 4A1B. Gred Purata Sekolah (GPS) pula ialah 2.20.

Pencapaian mengikut subjek pula didahului oleh Bahasa Melayu Penulisan dimana 43 orang mendapat A, BM Pemahaman 42 calon mendapat A, Matematik 25, Sains 20 dan Bahasa Inggeris 13 orang calon mendapat A. Manakala peratus lulus ABC didahului oleh BM Pemahaman dengan 90.28%, Penulisan 88.89, Sains 84.72 manakala BI & Matematik mendapat 80.56% lulus ABC.

Calon-calon yang mendapat 5A ialah;

1. Nur Atiqah Farhanah bt. Azmal
2. Nur Fareshah Farhana bt Mohd
3. Nur Syafiqah bt Abdul Manaf
4. Nureen Aimi Nabihah bt Mohamed Sukri
5. Nurin Nur Qamarina bt Zulkifli
6. Nurul Afifah bt Ikbarol Hakim
7. Rabiatul Adawiyah bt Mohd Shukri
8. Syed Azizul Haqim b Syed Mazlan

Tahniah....

Tuesday, 23 October 2012

Ceramah Pengurusan Jenazah



Ceramah Pengurusan Jenazah telah diadakan di SKAT pada 22.10.2012. Ceramah tersebut berlangsung di Dewan SKAT pada jam 9.00 dikendalikan oleh Ustaz Mohd Jauzy b Abd Rahman dari Masjid Al-Ikhlas Kuala Terengganu. Ceramah tersebut berkisar mengenai cara-cara pengurusan jenazah selepas kematian sehingga jenazah dibawa ke kubur. 

Friday, 5 October 2012

Kejohanan Padang Dan Balapan Kali Ke-29

Kejohanan Padang dan Balapan SKAT kali ke-29 telah diadakan pada 3 Oktober 2012 bertempat di Padang SKAT. Kejohanan tersebut telah dirasmikan oleh En. Maslan b Mohamad, Penyelia Kokurikulum PPDKT mewakili Pegawai PPDKT tepat jam 2.30 petang.

Di antara acara yang dipertandingkan seperti 80m, 100m, 200m, 4x50, 4x100 dan 4x200, manakala bagi acara padang pula adalah lompat tinggi, lompat jauh dan lontar peluru. Turut diadakan ialah acara sukaneka bagi dari tahun 1 hingga 6 dan pra-sekolah.

Ruslem Zikry Putra dan Farah Wahida dari tahun 6 telah dinobatkan sebagi olahragawan dan olahragawati sekolah manakala rumah kuning menjadi johan keseluruhan kejohanan tersebut.









Ikrar kejohanan

Upacara perasmian...


Rumah Terbaik.... rumah kuning

Olahragawan & Olahragawati

Tuesday, 2 October 2012

Selamat Berangkat.....


Selamat berangkat ke tanah suci buat guru besar kami En. Ismail bin Kassim, 
semoga selamat pergi dan selamat kembali dan semoga mendapat haji yang mabrur.

Monday, 10 September 2012

Semoga Kejayaan Bersama Anda....

Kepada anak didik SKAT yang akan menduduki Peperiksaan UPSR 2012 semua, lakukan yang terbaik untuk masa hadapan anda yang lebih gemilang.... kami telah melakukan segalanya untuk anda, kini pilihan di tangan anda untuk menentukan haluan yang anda inginkan.... Hanya doa dan harapan dari kami mengiringi langkah anda ke bilik peperiksaan.... Semoga anda berjaya..... Insyaallah.....

Kain rentang dari kerajaan negeri & JPNT

Kain rentang dari PIBG SKAT

Kain rentang dari SKAT

Harapan calon......

Sunday, 9 September 2012

Surat Terbuka Kepada Calon UPSR 2012 Terengganu


Assalamualaikum anak-anak calon UPSR Terengganu 2012

Apa khabar kalian ? Semoga semuanya sihat dan bersemangat. Tenang dan tenteram. Masa pertarungan yang dinanti sekian lama kian mampir. Usah gentar, usah takut. Ketakutan hanyalah ada pada jiwa sang pengecut. Kamukan bukan insan seperti itu . Tidak ! Kamu pahlawan dan harapan yang telah diasuh dan dilatih oleh para pendeta untuk pertarungan ini.

Anak-anak kami yang berani,

Sebelum melangkah ke gelanggang pada 11,12 dan 13 September 2012 nanti ingin kami berpesan dan menitipkan beberapa petua agar selari pencak dengan rentaknya, selagu seirama  buah gurindamnya serta arif bijaksana mentafsir tipu muslihat persoalannya.

Pertama jangan alpa membaca Bismillah , kunci pembuka resah dan susah. Berkatnya tidak payah dicerita. Semoga dengan rahmat namaNya segala urusan bakal menjadi mudah dan sempurna. Namun ingat, sebelum turun ke gelanggang salami tangan ibuayah  yang dikasihi. Mohon keampunan dan restu. Insyaallah doanya mustajab serasi dengan izin dan kehendak Allah. Mudah-mudahan pertarungan menjadi mudah, kejayaan menjadi milik dengan gah.

Anak-anak yang budiman,

Jangan sesekali bergopoh-gapah,resah-gelisah. Sediakan awal segala peralatan dan keperluan. Syaitan sentiasa mahu kita lalai dan kucundang. Justru lawan syaitan itu dengan ketenangan dan kebijaksanaan. Teliti soalan dan jawapan dengan minda sejati dan pandangan mata hati bukannya gopoh-gapah membuta –tuli. Biar nampak mudah namun sabar,jangan terpesona godaan syaitan madah berhelah. Insyaallah dengan “ketenangan dan kesabaran” yang kusut dapat dilerai, yang sukar dapat diungkai.

Anak-anak yang bijaksana,

Sesudah selesai sesuatu pertarungan dan didapati ada berlaku sedikit kesilapan tingkah dan langkah, jangan sesal dan gunda-gelana. Jangan terbuai dalam lamunan emosi hingga hilang fokus dan kosentrasi. Kesilapan kecil bukanlah pembunuh kepada kemaraan perjuangan yang lebih besar. Tumpukan segala daya dan tenaga untuk memenangi dan menguasai pertarungan seterus nya. Jadikan kesilapan yang ada itu guru untuk mengajar kita supaya bijaksana,sabar dan teliti. Ingat orang yang bijaksana itu , “ Apa yang diusaha dan dicapai hari ini lebih baik dari semalam dan apa yang diusaha dan dicapai besok lebih baik dari hari ini “

Anak-anak pewaris bangsa,

Jangan sesekali memandang enteng pertarungan ini. Pertarungan UPSR ini adalah yang pertama dan terakhir. Tiada lagi pertandingan ulangan sama ada menang atau kecundang. Tidak ada. Oleh itu guna peluang ini sebaik mungkin. Jangan undur dan mengaku kalah. Kamu adalah sang juara terhebat. Harapan untuk membawa obor amanah dan maruah diri,keluarga,bangsa,agama dan negara pada masa depan. Sekolah Berasrama Penuh, Maktab Rendah Sains Mara dan bermacam lagi sekolah hebat sedang menunggu kamu. Kamu adalah permata kami yang perlu dicanai di sekolah-sekolah hebat ini agar gemerlap menyinari semesta tamaddun bangsa pada masa depan . Jangan lepas peluang ini.
Rebut,rebut,re but dan rebut.

Anak-anak yang bersemangat waja,

Katakan kepada dirimu sendiri..
Jika ada 1,000 manusia yang beroleh 5A UPSR 2012
Akulah salah seorang daripadanya….

Jika ada 100 manusia yang beroleh 5A UPSR 2012
Katakan kepada dirimu sendiri..
Akulah  salah seorang daripadanya…

Jika ada 10 manusia yang beroleh 5A UPSR 2012
Katakan kepada dirimu sendiri…
Akulah salah seorang daripadanya…

Jika ada 1 sahaja manusia yang beroleh 5A UPSR 2012
Katakan kepada dirimu sendiri..
AKUlah itu….

Anak-anak kami yang kami kasih kami doakan…

Ya Allah Ya Tuhan Kami,
Berikah anak-anak kami yang bakal menduduki UPSR
Kekuatan minda, jiwa, rohani dan spiritual,
Campak ke dalam hati mereka  ketenangan dan keberanian..

Ya Allah Ya Rahim
Dengan sifat penyayang dan pengasihMU
Berikan kesihatan yang mantap serta terhindar dari
Segala penyakit dan musibah sepanjang
Menduduki ujian UPSR ini…
Lapang dan permudahkanlah urusan mereka
menghadapi ujian ini agar nanti bakal
menjadi anak-anak pintar soleh mengenang budi
serta pendokong ummah dan agamaMu
dipersada dunia dengan  cemerlang dan terbilang.

Ya Allah…
Hanya kepadaMu kami memohon
Keampunan dan pertolongan
Amin….

Salam Perjuangan
USR Blogger Team
JPN Terengganu
09.09.2012

Friday, 7 September 2012

Peranan Ibu Bapa dan Keluarga Membantu Anak-anak Menghadapi Peperiksaan


Sehari dua lagi (11 – 13 September 2012) anak-anak akan menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR). Kebiasaannya dalan situasi begini ibu bapa yang lebih merasakan ketegangan dan kebimbingan

Pada saat begini, ibu bapa  mengambil pelbagai usaha bagi memastikan anak memperoleh kejayaan cemerlang dalam peperiksaan diduduki. Kejayaan dalam peperiksaan sering digunakan sebagai kayu pengukur untuk melihat keupayaan seseorang anak. Ia juga tiket melanjutkan pendidikan ke peringkat lebih tinggi terutama ke sekolah-sekolah terpilih

Sebagai ibu bapa, kita bertanggungjawab mempersiapkan mereka dari segi mental, fizikal, emosi dan rohani. Antaranya mewujudkan kemesraan dan bersikap tegas ketika mendidik mereka dan pada masa sama menerima kelebihan selain memperbaiki kelemahan anak.
Di samping itu, jangan meletakkan harapan terlalu tinggi kepada anak, tetapi tidak memberi sokongan atau dorongan ke arah mencapai kecemerlangan dalam pelajaran. Ibu bapa juga hendaklah sentiasa mendoakan anak mereka.

Selain mengulang kaji pelajaran di rumah, anak juga perlu digalak belajar secara berkumpulan kerana kaedah itu berkesan untuk meningkatkan pengetahuan dan dapat bersoal jawab jika ada perkara kurang jelas.Lagipun, suasana pembelajaran begini tidak membosankan atau boleh membuat mereka mengantuk.Pelbagai kegiatan yang boleh mereka lakukan bersama seperti berkongsi nota, membanding jawapan dan bersaing sesama sendiri secara sihat.

Ibu bapa tidak seharusnya memaksa anak belajar berterusan tanpa berehat atau beriadah kerana dikhuatiri jika terlampau menerima tekanan, anak boleh sakit ketika hari peperiksaan dan ini pasti akan menjejaskan keupayaan mereka menjawab soalan.Sebagai ibu bapa yang ingin melihat kejayaan anak, kita boleh membantu meletakkan sasaran bersesuaian dengan kemampuan mereka. Contohnya, berapa muka surat yang boleh diulang kaji setiap hari atau berapa jam sehari untuknya belajar secara berkesan.

Jika ini dilakukan secara berterusan, Insya-Allah anak tidak akan panik menjelang minggu peperiksaan. Tekanan biasanya dialami apabila anak kecewa kerana tidak dapat memenuhi kehendak ibu bapa.

Sebagai tanda sokongan ibu bapa perlu boleh menyediakan satu ruang atau bilik di rumah masing-masing sebagai tempat anak belajar dan pada saat ini. Selain itu pastikan “iklim kekeluargaan” berada pada tahap selesa dan nyaman; tiada pertengkaran, perkelahian yang boleh mengganggu emosi anak-anak. Semua ahli keluarga perlu sepakat dan melakukan tindakan "menyokong" ahli yang akan menduduki peperiksaan tidak mendengar radio dengan kuat, memasang atau menonton tv tanpa kawalan dan sebagainya.

Ibu bapa adalah pembimbing dan pendorong kepada kejayaan seseorang pelajar. Apapun perancangan yang dibuat jika pelajar sendiri tidak bersikap positif dan memandang serius nasibnya, nescaya segala-galanya akan sia-sia saja.

Banyakkan melakukan amalan kerohanian seperti berpuasa, solat hajat, berdoa dan membaca surah Yassin ketika anak menduduki peperiksaan. Amalan ini dapat membantu memberi semangat dan keyakinan kepada mereka.

Seterusnya bertawakal kepada Allah selepas kita melakukan pelbagai usaha bagi mencapai apa dihajatkan. Firman Allah yang bermaksud: "Apabila kamu bercita-cita maka bertawakallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah mengasihi orang yang bertawakal."

Semoga tip-tip mudah dan ringkas ini membantu kita membina kecemerlangan anak-anak di saat akhir menjelang peperiksaan...

Friday, 31 August 2012

Merdeka 55

Selamat Menyambut Ulangtahun Kemerdekaan ke-55 kepada semua guru & kaki tangan dan murid-murid SKAT. Menjelang ambang merdeka, blog SKAT telah dikunjungi sebanyak 11111 kali oleh pengunjung blog ini. Terima kasih kepada semua...


Thursday, 30 August 2012

Solat Hajat Perdana UPSR 2012

Majlis Solat Hajat Perdana UPSR 2012 telah diadakan di Surau SKAT pada hari Khamis 30 Ogos 2012. Majlis yang bermula dengan sembahyang Maghrib berjemaah diikuti solat hajat dan bacaan Yaasin serta solat Isyak tersebut diimamkan oleh Ust. Ramli Abdullah, Yang Dipertua PIBG SKAT. Majlis tersebut turut disertai oleh guru-guru, ibu bapa dan murid-murid tahun 6 SKAT. Turut hadir bersama dalam majlis tersebut ialah En. A. Ghani b Awang, Ketua Sektor, Sektor Psikologi & Kaunseling JPNT selaku bapa kepada salah seorang calon UPSR SKAT.











Wednesday, 29 August 2012

Aidilfitri 2012

Sambutan Hari Raya SKAT 2012 telah diadakan pada 29 Ogos 2012 bertempat di perkarangan SKAT. Majlis yang disertai oleh semua guru dan kakitangan serta murid-murid SKAT. Kemeriahan sambutan dirasai apabila semua murid memakai baju raya di samping membawa kuih raya untuk di makan bersama. Majlis sambutan turut  diserikan dengan persembahan murid dan diakhiri dengan jamuan makan tengah hari.