Wednesday, 29 February 2012

Kem Ibadat

Acara Perasmian

Guru Besar merasmikan Kem Ibadat

Amali mandi wajib

Kem Kecemerlangan Ibadat telah dadakan pada 16 & 17 Februari 2012 bertempat di Kem Pengakap Tengku Muhammad Ismail, Kuala Terengganu. Kem ibadat yang disertai oleh 75 orang murid tahun 6 SKAT bertujuan memberi pendedahan kepada peserta agar dapat menunaikan solat dengan sempurna dari segi bacaan, perbuatan dan pergerakan di samping dapat membentuk satu generasi yang berilmu serta taat kepada suruhan Allah. Kem yang dianjurkan bersama oleh Unit Bimbingan & Kaunseling serta Panitia Agama Islam mendapat kerjasama sepenuhnya daripada Pejabat Agama Daerah Kuala Terengganu. Acara perasmian kem tersebut telah disempurnakan oleh Tuan Guru besar SKAT pada sebelah pagi 16 Februari.

Menurut penyelaras program tersebut, Ustaz Maliki Ali, kem ibadat selama 2 hari telah diisi dengan pelbagai program seperti ceramah agama, amali bersuci dan amali solat serta solat tahajjud. Para penceramah telah diundang khas daripada Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu. Guru-guru SKAT serta guru-guru kelas Kafa turut sama berganding bahu dalam menjayakan program tersebut yang diharapkan dapat memberikan suatu semangat baru kepada semua peserta dalam mentaati suruhan Allah.  
Gambar oleh Pn Liza Abdullah

Monday, 13 February 2012

Majlis Pelantikan Pengawas

SKAT 12 Feb. - Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Pengawas Sekolah dan Pengawas Pusat Sumber Sekolah (PSS) telah diadakan di Dewan SKAT pada jam 8.00 pagi. Majlis yang disempurnakan oleh Guru Besar SKAT, En. Ismail bin Kassim telah dihadiri oleh semua pengawas terlibat serta guru-guru SKAT.

Dalam ucapan perasmian tersebut Guru Besar telah berpesan kepada semua pengawas agar menjalankan tugas dengan sebaik mungkin di samping tidak mengabaikan pelajaran. Majlis yang diakhiri dengan lafaz ikrar oleh pengawas itu telah berakhir jam 9.30 pagi.

Ikrar

Ketua Pengawas

Pengawas Sekolah

Pengawas Pusat Sumber




Sunday, 12 February 2012

Maulidur Rasul

Sambutan Maulidur Rasul telah diadakan di SKAT pada 9 Februari 2012. Majlis bermula pada jam 8.00 pagi di Dewan SKAT. Majlis yang disertai oleh semua guru dan murid serta kaki tangan sekolah diisi diisi dengan program selawat dan ceramah serta beberapa pertandingan yang disertai oleh murid-murid. Majlis berakhir jam 1.00 tengah hari dengan jamuan laksa.





Doa memulakan majlis...

Aminnn.....

Ucapan Guru Besar

Selawat....

Pertandingan selawat

Makan laksa....

Makan......

Thursday, 2 February 2012

Kem Professional Pelajar Terbilang

Perasmian....

Peserta kem...

Doa....


Aktiviti....

Aktiviti.....
Kem Professional Pelajar Terbilang telah diadakan di SKAT pada 31 Januari 2012. Kem yang diadakan sempena program baktisiswa oleh mahasiswa Universiti Islam Antarabangsa (UIA) berlangsung dari jam 8.00 pagi hingga jam 5.00 petang telah disertai oleh 200 orang pelajar tahun 5 & 6 dari SKAT, SK Kedai Buluh dan SK Tok Dir.

Kem yang bertemakan 'Intelek Muda Aset Negara' telah dirasmikan oleh Ketua Penolong Pengarah Bahasa Melayu, Sektor Pengurusan Akademik, JPNT, Tuan Haji Che Soh bin Muda. Kem yang dipenuhi oleh pelbagai aktiviti yang berbentuk motivasi itu telah dikendalikan oleh 40 orang mahasiswa dan mahasiswi dari Mahallah Al-Faruq dan Mahallah Halimatus Sa'adiah UIA.