Perasmian.... |
Peserta kem... |
Doa.... |
Aktiviti.... |
Aktiviti..... |
Kem Professional Pelajar Terbilang telah diadakan di SKAT pada 31 Januari 2012. Kem yang diadakan sempena program baktisiswa oleh mahasiswa Universiti Islam Antarabangsa (UIA) berlangsung dari jam 8.00 pagi hingga jam 5.00 petang telah disertai oleh 200 orang pelajar tahun 5 & 6 dari SKAT, SK Kedai Buluh dan SK Tok Dir.
Kem yang bertemakan 'Intelek Muda Aset Negara' telah dirasmikan oleh Ketua Penolong Pengarah Bahasa Melayu, Sektor Pengurusan Akademik, JPNT, Tuan Haji Che Soh bin Muda. Kem yang dipenuhi oleh pelbagai aktiviti yang berbentuk motivasi itu telah dikendalikan oleh 40 orang mahasiswa dan mahasiswi dari Mahallah Al-Faruq dan Mahallah Halimatus Sa'adiah UIA.
No comments:
Post a Comment