Sunday, 29 December 2013
Pendaftaran Sesi Persekolahan 2014
Thursday, 14 November 2013
Keputusan UPSR 2013
Murid-murid yang mendapat 5A bersama ibu bapa dan guru-guru. |
Dalam pengumuman keputusan pada hari ini yang telah diadakan di Dewan SKAT, Tuan Guru Besar turut melahirkan rasa syukur dengan keputusan yang diterima dan berterima kasih kepada semua guru dan ibu bapa yang turut sama menyumbang kepada kejayaan ini. Guru Besar turut menyampaikan sumbangan daripada PIBG kepada murid yang mendapat 5A. Tahniah kepada murid-murid yang berjaya.
Sunday, 13 October 2013
Kejohanan Padang Dan Balapan 2013
Kejohanan Padang dan Balapan SKAT tahun 2013 telah diadakan pada 9 dan 10 Oktober 2013 bertempat di padang SKAT. Kejohanan selama dua hari berlangsung dalam suasana meriah dan penuh semangat kesukanan. Beberapa acara sukan diadakan dan disertai oleh murid dari tahun 1 hingga tahun 6 termasuk acara sukaneka untuk murid pra sekolah.
Kemuncak acara adalah acara perbarisan dan perasmian yang disertai oleh semua rumah sukan yang mengambil bahagian dan telah dirasmikan oleh Tuan Guru Besar SKAT. Pada tahun ini rumah kuning mengungguli kejohanan dengan meraih semua kategori utama iaitu Olahragawan & Olahragawati Kejohanan serta Rumah Terbaik. Syabas dan tahniah kepada semua pemenang.
Rumah Hijau |
Perbarisan lintas hormat |
Ikrar kejohanan |
Ucapan perasmian |
Sukaneka Prasekolah |
dokumentasi..... |
kuning... kuning... kuning.... |
saya dah menang.... |
saya pun menang.... |
Pemenang prasekolah |
ganti.... |
Acara terbuka guru lelaki.... |
Pemenangnya.... |
Sebahagian guru lelaki... |
Olahragawan |
Olahragawati |
Tahniah... |
Rumah terbaik.... |
KUNING.... rumah terbaik..... |
Tuesday, 1 October 2013
Ekspedisi Berbasikal
SKAT buat kali ketiga telah berjaya menganjurkan ekspedisi berbasikal dari SKAT ke Sekayu di Hulu Terengganu. Ekspedisi kali ini diadakan pada 26 hingga 28 September 2013 dan buat julung kalinya ianya dianjurkan bersama dengan SK Padang Hiliran, Kuala Terengganu. Ekspedisi sejauh 54km melibatkan murid-murid lepasan UPSR dari kedua-dua sekolah telah dilepaskan oleh Guru Besar SKPH di perkarangan SKAT. Peserta ekspedisi diiringi oleh pasukan polis trafik dan guru-guru dari kedua-dua buah sekolah telah melalui kampung-kampung seperti Pengadang Baru, Kepong, Serada, Tiruk, Pasir Tinggi, Pantai Ali, Butut, Kuala Menjing seterusnya ke Taman Pertanian Sekayu.
Semua peserta dan guru pengiring bermalam di sana selama dua malam sebelum bertolak balik pada hari Sabtu melalui laluan yang sama. Semasa di Sekayu, peserta telah menjalankan beberapa aktiviti antaranya ceramah keselamatan jalanraya oleh Majlis Keselamatan Jalan Raya, aktiviti explorace dan ceramah kepenggunaan oleh KPDNHEP.
Semoga dengan aktiviti yang diadakan ini akan memberikan pendedahan dan maklumat yang berguna kepada semua peserta program ini.
Sunday, 8 September 2013
Surat Terbuka Kepada Semua Calon UPSR 2013 Negeri Terengganu
Assalamualaikum calon- calon UPSR
Anak - anak Terengganu Anjung Ilmu
2013
Apa khabar kalian ? Semoga semuanya
sihat dan bersemangat. Tenang dan tenteram. Masa pertarungan yang dinanti
sekian lama kian mampir. Usah gentar, usah takut. Ketakutan hanyalah ada pada
jiwa sang pengecut. Kamukan bukan insan seperti itu . Tidak ! Kamu pahlawan dan
harapan yang telah diasuh dan dilatih oleh para pendeta untuk pertarungan ini.
Kamu dulu adalah manusia-manusia biasa yang naif dan kerdil. Kini kamu juga
tetap manusia biasa TETAPI berjiwa,bersemangat dan berfikir luar biasa. Kamu
bakal mencipta fenomena. UPSR Terengganu 2013 bakal gah menjulang jaya di
persada negara...
Anak-anak kami yang berani,
Dipundakmu dibahumu negeri Terengganu
Anjung Ilmu meletakkan harapan tinggi kepadamu. YAB Dato’ Seri Menteri Besar,
YB Exco Pendidikan, Pengarah Pendidikan Negeri, Guru Besar, para gurumu,
ibubapamu bahkan seluruh rakyat Terengganu menaruh yakin dan mengharapkanmu
mengibar obor kehebatan anak Terengganu menjulang UPSR sebagai nombor 1.
Insyaallah kami semua amat yakin dengan keupayaan dan kemampuanmu. Katakan,
buktikan anak-anakku.
Anak-anak kami yang hebat,
Sebelum melangkah ke gelanggang pada
10,11 dan 12 September 2013 nanti ingin kami berpesan dan menitipkan beberapa
petua agar selari pencak dengan rentaknya, selagu seirama buah gurindamnya serta arif bijaksana
mentafsir tipu muslihat persoalannya. Jangan mudah tertipu dengan gelojoh
nafsu.
Pertama jangan alpa membaca Bismillah
, kunci pembuka resah dan susah. Berkatnya tidak payah dicerita. Semoga dengan
rahmat namaNya segala urusan bakal menjadi mudah dan sempurna. Namun ingat,
sebelum turun ke gelanggang salami tangan ibuayah yang dikasihi, salami tangan guru yang
mendidik tanpa jemu. Mohon keampunan dan restu. Insyaallah doanya mustajab
serasi dengan izin dan kehendak Ilahi. Mudah-mudahan pertarungan menjadi mudah,
kejayaan menjadi milik kita dengan gah.
Anak-anak yang budiman,
Jangan sesekali
bergopoh-gapah,resah-gelisah. Sediakan awal segala peralatan dan keperluan.
Syaitan sentiasa mahu kita lalai dan kucundang. Justru lawan syaitan itu dengan
ketenangan dan kebijaksanaan. Teliti soalan dan jawapan dengan minda sejati dan
pandangan mata hati bukannya gopoh-gapah membuta –tuli. Biar nampak mudah namun
sabar,jangan terpesona godaan syaitan madah berhelah. Insyaallah dengan “ketenangan
dan kesabaran” yang kusut dapat dilerai, yang sukar dapat diungkai. Yakin
dengan diri. Jangan lalai zikir Rabbi jangan lupa selawat Nabi. Insyaallah
kejayaan bakal menjadi milik kita nan abadi
Anak-anak yang bijaksana,
Sesudah selesai sesuatu pertarungan
dan didapati ada berlaku sedikit kesilapan tingkah dan langkah, jangan sesal
dan gunda-gelana. Jangan terbuai dalam lamunan emosi hingga hilang fokus dan
kosentrasi. Kesilapan kecil bukanlah pembunuh kepada kemaraan perjuangan yang
lebih besar. Tumpukan segala daya dan tenaga untuk memenangi dan menguasai
pertarungan seterus nya. Jadikan kesilapan yang ada itu guru untuk mengajar
kita supaya bijaksana,sabar dan teliti. Ingat orang yang bijaksana itu , “ Apa
yang diusaha dan dicapai hari ini lebih baik dari semalam dan apa yang diusaha
dan dicapai besok lebih baik dari hari ini “. Orang bijaksana tidak hanyut
dibuai emosi, orang bijaksana cekap dan tega mengawal situasi.
Anak-anak pewaris bangsa,
Jangan sesekali memandang enteng
pertarungan ini. Pertarungan UPSR ini adalah yang pertama dan terakhir. Tiada
lagi pertandingan ulangan sama ada menang atau kecundang. Tidak ada. Oleh itu
guna peluang ini sebaik mungkin. Jangan undur dan mengaku kalah. Kamu adalah
sang juara terhebat. Harapan untuk membawa obor amanah dan maruah
diri,keluarga,bangsa,agama dan negara pada masa depan. Sekolah Berasrama Penuh,
Maktab Rendah Sains Mara dan bermacam lagi sekolah hebat sedang menunggu kamu.
Orang inginkan kehebatan perlu berhijrah,perlu berubah, perlu transformasi.
Kamu adalah permata kami yang perlu dicanai di sekolah-sekolah hebat ini agar
gemerlap menyinari semesta tamaddun bangsa pada masa depan . Jangan lepas
peluang ini. Orang yang paling malang
melihat sahaja peluang berlalu dan hanya menangis penuh penyesalan selepas itu.
Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna...
Rebut,rebut,rebut dan rebutlah.
Anak-anak yang bersemangat waja,
Katakan kepada dirimu sendiri..
Jika ada 1,000 manusia yang beroleh
5A UPSR 2013
Akulah salah seorang daripadanya….
Jika ada 100 manusia yang beroleh 5A
UPSR 2013
Katakan kepada dirimu sendiri..
Akulah salah seorang daripadanya…
Jika ada 10 manusia yang beroleh 5A
UPSR 2013
Katakan kepada dirimu sendiri…
Akulah salah seorang daripadanya…
Jika ada 1 sahaja manusia yang
beroleh 5A UPSR 2013
Katakan kepada dirimu sendiri..
AKUlah itu….
Anak-anak kami yang kami kasih kami
doakan…
Ya Allah Ya Tuhan Kami,
Berikah anak-anak kami yang bakal
menduduki UPSR
Kekuatan minda, jiwa, rohani dan
spiritual,
Campak ke dalam hati mereka ketenangan dan keberanian..
Ya Allah Ya Rahim
Dengan sifat penyayang dan pengasihMU
Berikan kesihatan yang mantap serta
terhindar dari
Segala penyakit dan musibah sepanjang
Menduduki ujian UPSR ini…
Lapang dan permudahkanlah urusan
mereka
menghadapi ujian ini agar nanti bakal
menjadi anak-anak pintar soleh
mengenang budi
serta pendokong ummah dan agamaMu
dipersada dunia dengan cemerlang dan terbilang.
Ya Allah…
Hanya kepadaMu kami memohon
Keampunan dan pertolongan
Amin….
Friday, 23 August 2013
Sambutan Aidilfitri 2013
Majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri 2013 telah diadakan di SKAT pada hari Khamis 22 Ogos 2013. Sambutan bermula jam 10.30 pagi dengan kehadiran murid-murid dan guru yang berpakaian hari raya yang berwarna warni. Majlis diadakan di Dewan SKAT dengan didahului oleh ucapan GPK Pentadbiran yang mewakili Tuan Guru Besar.
Acara sambutan diteruskan dengan persembahan oleh murid-murid yang menyampaikan lagu-lagu raya dan pertunjukan fesyen busana Aidilfitri. Sebelum itu majlis jamuan kuih yang dibawa oleh murid-murid raya telah diadakan berhampiran dataran perhimpunan. Majlis sambutan Aidilfitri diakhiri dengan jamuan nasi minyak yang dimasak sendiri oleh guru-guru secara bergotong royong.
Acara sambutan diteruskan dengan persembahan oleh murid-murid yang menyampaikan lagu-lagu raya dan pertunjukan fesyen busana Aidilfitri. Sebelum itu majlis jamuan kuih yang dibawa oleh murid-murid raya telah diadakan berhampiran dataran perhimpunan. Majlis sambutan Aidilfitri diakhiri dengan jamuan nasi minyak yang dimasak sendiri oleh guru-guru secara bergotong royong.
Sunday, 4 August 2013
Sunnah Rasulullah Pada Hari Raya
Aidilfitri
merupakan hari yang ditunggui oleh umat Islam di seluruh pelosok dunia.
Kehadirannya dianggap suatu kemenangan, setelah di bulan Ramadhan, kewajipan
berpuasa bagi umat Islam yang baligh dan berakal selesai dilaksanakan. Selepas
mengharungi getir menahan diri daripada lapar dan dahaga serta segala pantang
larang RAMADHAN, umat Islam pada hari pertama SYAWAL DIHARAMKAN BERPUASA, malah
diarahkan bergembira – dengan memakai pakaian yang indah, menggunakan haruman
yang semerbak wanginya dan diperintahkan berkumpul dengan membesarkan ALLAH
dengan takbir, tahmid dan tahlilnya semata-mata bagi mensyukuri pengembalian
kepada fitrah secara beramai-ramai.
Ya,
kerana kalimah FITRI itu sendiri bermaksud FITRAH, iaitu dengan kejayaan
seorang muslim selama sebulan menempuh tarbiah RAMADHAN yang akhirnya
mengembalikan dirinya kepada fitrah sebenar di mana fitrah asal sebenarnya
adalah suatu permulaan kejadian manusia yang sememangnya bersih daripada noda
dan dosa. FITRAH yang membawa pengertian akan kejernihan hati, selepas sebulan
membersihkannya daripada dosa dan mazmumah kemudian menyuburkannya dengan
amalan-amalan rohani. Maka sesungguhnyalah Aidilfitri adalah hari dimana
ganjaran bagi mereka yang benar-benar beramal di bulan RAMADHAN mendapat
jolokan AL-JAIZAH, iaitu hari mendapat ganjaran.
Bertakbir
Perkara
pertama yang dilakukan oleh Baginda Rasulullah sebaik diketahui tarikh hari
raya adalah bertakbir. Waktunya bermula sebaik terbenamnya matahari sehingga
imam datang untuk memulakan solat pada hari raya. Umat Islam disunatkan
memperbanyakkan bacaan takbir untuk menzahirkan rasa syukur pada ALLAH yang
maha ESA. Sesuai dengan firman ALLAH yang bermaksud:-
“Supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan RAMADHAN), supaya kamu
membesarkan ALLAH (dengan bertakbir) kerana telah memberi petunjuk kepada kamu
dan supaya kamu bersyukur”.
Digalakkan
juga bertakbir sepanjang
perjalanan ke masjid, seperti lazimnya para sahabat melakukannya.
Lafaz ucapan di hari raya
Dinyatakan
dalam sebuah hadis oleh al-Hafiz Ibn
Hajar Al-Asqalani seperti yang dinukilkan oleh Jubair bin Nufair r.a katanya:-
“Apabila para sahabat Rasulullah s.a.w bertemu di Hari Raya, sebahagian
mereka mengucapkan kepada yang lain akan ayat TAQABBALULLAH MINNA WAMINKA
(Semoga ALLAH menerima amalan kami dan amalan kamu)
Beribadat
dan berdoa di Malam Aidilfitri
Kita
telah biasa dengan rutin bangun sahur di bulan RAMADHAN. Tentu sekali pada pagi
Raya kita sudah tidak perlu bersahur. Tetapi apalah susahnya, dengan kebiasaan
bangun sebelum subuh itu kita langsungkan dengan bangkit sebelum subuh pada
pagi raya ini, bukan dengan niat untuk menjamu selera tetapi tunduk SUJUD
membesarkan ALLAH yang Maha Mencipta. Malam raya adalah salah satu malam yang
doa diterima olehNya, maka manfaatkanlah waktu ini dengan memohon
sebanyak-banyaknya permintaan. Malah kita juga digalakkan memperbanyakkan
takbir sepanjang malam. Seperti sabda Rasullulah s.a.w yang bermaksud:
“Barang siapa yang menghidupkan malam Aidilfitri dan Aidiladha dengan amalan yang baik dan ikhlas kerana Allah, maka tidak akan mati hatinya pada semua hati-hati yang akan mati, iaitu pada hari kiamat"
PADA
HARI RAYA
Dalam
hadis yang diriwayatkan oleh imam Syafie:
“Ali
bin Abi Talib r.a pernah ditanya adakah HARUS mandi disetiap hari? Maka
jawabnya TIDAK HARUS. Namun mandi yang diharuskan ialah mandi pada HARI JUMAAT,
HARI ARAFAH, HARI RAYA AIDILFITRI DAN AIDILADHA”
Bersarapan juga adalah sunnah di
pagi raya. Caranya dengan memakan sedikit sebelum pergi menunaikan solat di
masjid. Seperti hadis Rasulullah s.aw bermaksud
“Rasulullah
s.aw tidak akan pergi ke tempat solat pada pagi aidilfitri sebelum memakan
beberapa biji buah kurma”
Lihatlah
betapa indahnya Islam, hanya dengan bersarapan di pagi raya sudah diberikan
ganjaran pahala. Subhanallah!
Berpakaian
indah
Perlu
diingatkan bahawa islam tidak pernah mengajar umatnya berlebih-lebihan
atau melampaui batasan dalam menyambut apa saja perayaan. Ini bermakna Islam menegah umatnya
melakukan pembaziran dalam menyambut
hari raya seperti boros berbelanja semata-mata
untuk bergaya pada hari raya dengan pakaian yang mahal-mahal dan kuih muih yang terlalu banyak. Imam Syafie di dalam kitabnya berkata
" Aku lebih menyukai seseorang memakai pakaian terbaik pernah dimilikinya pada hari raya iaitu hari Jumaat,dua hari raya(aidilfitri dan aidiladha) dan tempat diadakan majlis.Tetapi
BERSEDERHANA dalam berpakaian.
Berjalan
kaki menuju tempat dikerjakan solat Hari Raya
Hadis
Nabi s.a.w:
"Tatkala pergi dan balik dari tempat solat hari raya,Rasulullah sentiasa pergi dan balik melalui jalan yang berlainan."
Termasuk sunnah iaitu jika kita berjalan kaki menuju ke tempat solat. Tapi jika masjid agak jauh,
naik kereta pun tiada masalah. Segeralah ke masjid untuk bertakbir dan menunaikan solat secara berjemaah. Pergi ke masjid dan pulang dengan jalan yang berbeza. Lebih afdhal pergi dengan jarak yang lebih jauh dari jalan pulang.
Hikmah
berjalan jauh semasa pergi ini supaya bagi membolehkan kita bertegur sapa dengan jemaah yang
lain dan mengucapkan tahniah sempena kejayaan sepanjang ramadhan dan kedatangan hari raya. Selain itu, ia juga bagi membanyakkan saksi atas
ibadah kita. Biar
setiap langkah kita di saksikan sebagai ibadah.
Membawa
bersama Isteri dan anak-anak ke tempat solat Hari Raya
Ketika melaksanakan solat hari raya, Rasulullah s.a.w sentiasa membawa isteri dan anak-anak Baginda bersama. Saidatina Aisyah r.a,
mengisahkan:
"Kami disuruh supaya keluar dan begitu juga dengan wanita haid pada kedua-dua hari raya untuk mendapatkan kebaikan dan doa-doa orang islam.Walau bagaimanapun,
wanita haid duduk jauh
daripada tempat
solat."
Menyegerakan
pemberian zakat fitrah
Baginda s.a.w akan berpesan agar kaum Muslimin menyegerakan pemberian zakat fitrah kepada mereka yang berhak,manakala bagi solat sunat Aidiladha
disegerakan supaya umat Islam dapat mempercepatkan urusan sembelihan korban.
Mengerjakan
solat Aidilfitri dan mendengar khutbah
Marilah sama-sama kita mengerjakan solat Aidilfitri secara
berjemaah.Walaupun ianya sunat tetapi ianya hanyalah setahun sekali. Apalah
kiranya kita meluangkan masa untuk
menghadirkan diri ke masjid untuk tunduk menghadap yang Maha Esa. Seeloknya setelah selesai solat, sama-samalah kita mendengar khutbah sehingga selesai.
Puasa
6 hari pada bulan Syawal
Rasulullah s.a.w bersabda:
"Sesiapa yang
berpuasa pada bulan Ramadhan lalu diiringi dengan puasa enam hari di bulan syawal, seolah-olah dia telah berpuasa setahun”
Tuesday, 25 June 2013
KARNIVAL BALAPAN DAN PADANG BAWAH 11 TAHUN MSSDKTS 2013
Pada 20 Jun 2013, SK Atas Tol telah menghantar wakil sekolah untuk menyertai Karnival Balapan dan Padang Bawah 11 Tahun yang diadakan di Trek Olahraga SMK Sultan Sulaiman. Kejohanan ini telah berlangsung sehari pada hari Khamis. SKAT telah menghantar penyertaan yang terdiri daripada 2 orang murid lelaki dan 2 orang murid perempuan. Acara yang disertai ialah acara 100m, 200m, 80m lari berpagar, lompat jauh. Semua acara ini melibatkan penyertaan peserta lelaki dan perempuan.
Pasukan sekolah
telah berjaya membawa pulang 3 pingat emas dalam acara 100m, 200m dan 80m Lari
Berpagar kategori lelaki, 2 pingat perak dalam acara 200m (P) dan lompat jauh
(L), 1 pingat gangsa acara 100m(P) dan tempat keempat dalam acara lompat jauh
(P).
1. Muhammad Aidil Hakimi b Saharudin pingat emas acara 100m & 200m
2. Muhammad Nizamuddin b Mohd Nasir pingat emas lari berpagar & perak bagi acara lompat jauh
3. Tuan Nor Alisya bt Tn Norzali pingat perak 200m & gangsa 100m
Kesungguhan peserta dalam semua acara yang dipertandingkan amat dikagumi kerana telah berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkan kejayaan dan berjaya membawa pulang pingat dalam acara yang disertai. Tahniah kepada para pemenang.
Hasnita bt Mohammad
Setiausaha Sukan,
SK.
Atas Tol,
Tuesday, 19 March 2013
Perhimpunan Hari Selasa
Perhimpunan mingguan yang kebiasaannya diadakan pada hari Ahad telah diadakan pada hari Selasa iaitu pada hari aktiviti kokurikulum. SKAT merintis percubaan ini pada 19 Mac 2013 bermula jam 7.45 pagi di mana semua murid tahap dua memakai uniform mengikut unit masing-masing. Menurut guru Penolong Kanan Kokurikulum, En. Abd. Razak Sa'ad perhimpunan ini akan diadakan secara bulanan iaitu pada minggu ketiga setiap bulan. Katanya lagi, walaupun terdapat sedikit kecacatan dan kekurangan pada perhimpunan kali pertama ini, ianya akan diperbaiki dari semasa ke semasa bagi menambahbaikkan lagi perjalanan majlis ini.
Wednesday, 20 February 2013
Kejohanan Merentas Desa
Kejohanan Merentas Desa SKAT 2013 telah diadakan pada 19 Februari 2013. Kejohanan yang disertai oleh semua murid itu dibahagikan kepada 4 kategori iaitu Lelaki & Perempuan Tahap 1 dan Lelaki & Perempuan Tahap 2. Semua peserta kejohanan telah dilepaskan oleh Tuan Guru Besar SKAT, Tn Hj Ismail Kassim tepat jam 9.45 pagi. Peserta tahap satu melalui perjalanan sejauh hampir 2km manakala peserta tahap dua 4km.
Rumah Hijau telah diumumkan sebagai johan keseluruhan bagi acara tersebut. Hadiah-hadiah kepada peserta telah disampaikan oleh Tuan Guru Besar SKAT.
haiii..... |
Johan keseluruhan.... |
Subscribe to:
Posts (Atom)