Aidilfitri
merupakan hari yang ditunggui oleh umat Islam di seluruh pelosok dunia.
Kehadirannya dianggap suatu kemenangan, setelah di bulan Ramadhan, kewajipan
berpuasa bagi umat Islam yang baligh dan berakal selesai dilaksanakan. Selepas
mengharungi getir menahan diri daripada lapar dan dahaga serta segala pantang
larang RAMADHAN, umat Islam pada hari pertama SYAWAL DIHARAMKAN BERPUASA, malah
diarahkan bergembira – dengan memakai pakaian yang indah, menggunakan haruman
yang semerbak wanginya dan diperintahkan berkumpul dengan membesarkan ALLAH
dengan takbir, tahmid dan tahlilnya semata-mata bagi mensyukuri pengembalian
kepada fitrah secara beramai-ramai.
Ya,
kerana kalimah FITRI itu sendiri bermaksud FITRAH, iaitu dengan kejayaan
seorang muslim selama sebulan menempuh tarbiah RAMADHAN yang akhirnya
mengembalikan dirinya kepada fitrah sebenar di mana fitrah asal sebenarnya
adalah suatu permulaan kejadian manusia yang sememangnya bersih daripada noda
dan dosa. FITRAH yang membawa pengertian akan kejernihan hati, selepas sebulan
membersihkannya daripada dosa dan mazmumah kemudian menyuburkannya dengan
amalan-amalan rohani. Maka sesungguhnyalah Aidilfitri adalah hari dimana
ganjaran bagi mereka yang benar-benar beramal di bulan RAMADHAN mendapat
jolokan AL-JAIZAH, iaitu hari mendapat ganjaran.
Bertakbir
Perkara
pertama yang dilakukan oleh Baginda Rasulullah sebaik diketahui tarikh hari
raya adalah bertakbir. Waktunya bermula sebaik terbenamnya matahari sehingga
imam datang untuk memulakan solat pada hari raya. Umat Islam disunatkan
memperbanyakkan bacaan takbir untuk menzahirkan rasa syukur pada ALLAH yang
maha ESA. Sesuai dengan firman ALLAH yang bermaksud:-
“Supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan RAMADHAN), supaya kamu
membesarkan ALLAH (dengan bertakbir) kerana telah memberi petunjuk kepada kamu
dan supaya kamu bersyukur”.
Digalakkan
juga bertakbir sepanjang
perjalanan ke masjid, seperti lazimnya para sahabat melakukannya.
Lafaz ucapan di hari raya
Dinyatakan
dalam sebuah hadis oleh al-Hafiz Ibn
Hajar Al-Asqalani seperti yang dinukilkan oleh Jubair bin Nufair r.a katanya:-
“Apabila para sahabat Rasulullah s.a.w bertemu di Hari Raya, sebahagian
mereka mengucapkan kepada yang lain akan ayat TAQABBALULLAH MINNA WAMINKA
(Semoga ALLAH menerima amalan kami dan amalan kamu)
Beribadat
dan berdoa di Malam Aidilfitri
Kita
telah biasa dengan rutin bangun sahur di bulan RAMADHAN. Tentu sekali pada pagi
Raya kita sudah tidak perlu bersahur. Tetapi apalah susahnya, dengan kebiasaan
bangun sebelum subuh itu kita langsungkan dengan bangkit sebelum subuh pada
pagi raya ini, bukan dengan niat untuk menjamu selera tetapi tunduk SUJUD
membesarkan ALLAH yang Maha Mencipta. Malam raya adalah salah satu malam yang
doa diterima olehNya, maka manfaatkanlah waktu ini dengan memohon
sebanyak-banyaknya permintaan. Malah kita juga digalakkan memperbanyakkan
takbir sepanjang malam. Seperti sabda Rasullulah s.a.w yang bermaksud:
“Barang siapa yang menghidupkan malam Aidilfitri dan Aidiladha dengan amalan yang baik dan ikhlas kerana Allah, maka tidak akan mati hatinya pada semua hati-hati yang akan mati, iaitu pada hari kiamat"
PADA
HARI RAYA
Dalam
hadis yang diriwayatkan oleh imam Syafie:
“Ali
bin Abi Talib r.a pernah ditanya adakah HARUS mandi disetiap hari? Maka
jawabnya TIDAK HARUS. Namun mandi yang diharuskan ialah mandi pada HARI JUMAAT,
HARI ARAFAH, HARI RAYA AIDILFITRI DAN AIDILADHA”
Bersarapan juga adalah sunnah di
pagi raya. Caranya dengan memakan sedikit sebelum pergi menunaikan solat di
masjid. Seperti hadis Rasulullah s.aw bermaksud
“Rasulullah
s.aw tidak akan pergi ke tempat solat pada pagi aidilfitri sebelum memakan
beberapa biji buah kurma”
Lihatlah
betapa indahnya Islam, hanya dengan bersarapan di pagi raya sudah diberikan
ganjaran pahala. Subhanallah!
Berpakaian
indah
Perlu
diingatkan bahawa islam tidak pernah mengajar umatnya berlebih-lebihan
atau melampaui batasan dalam menyambut apa saja perayaan. Ini bermakna Islam menegah umatnya
melakukan pembaziran dalam menyambut
hari raya seperti boros berbelanja semata-mata
untuk bergaya pada hari raya dengan pakaian yang mahal-mahal dan kuih muih yang terlalu banyak. Imam Syafie di dalam kitabnya berkata
" Aku lebih menyukai seseorang memakai pakaian terbaik pernah dimilikinya pada hari raya iaitu hari Jumaat,dua hari raya(aidilfitri dan aidiladha) dan tempat diadakan majlis.Tetapi
BERSEDERHANA dalam berpakaian.
Berjalan
kaki menuju tempat dikerjakan solat Hari Raya
Hadis
Nabi s.a.w:
"Tatkala pergi dan balik dari tempat solat hari raya,Rasulullah sentiasa pergi dan balik melalui jalan yang berlainan."
Termasuk sunnah iaitu jika kita berjalan kaki menuju ke tempat solat. Tapi jika masjid agak jauh,
naik kereta pun tiada masalah. Segeralah ke masjid untuk bertakbir dan menunaikan solat secara berjemaah. Pergi ke masjid dan pulang dengan jalan yang berbeza. Lebih afdhal pergi dengan jarak yang lebih jauh dari jalan pulang.
Hikmah
berjalan jauh semasa pergi ini supaya bagi membolehkan kita bertegur sapa dengan jemaah yang
lain dan mengucapkan tahniah sempena kejayaan sepanjang ramadhan dan kedatangan hari raya. Selain itu, ia juga bagi membanyakkan saksi atas
ibadah kita. Biar
setiap langkah kita di saksikan sebagai ibadah.
Membawa
bersama Isteri dan anak-anak ke tempat solat Hari Raya
Ketika melaksanakan solat hari raya, Rasulullah s.a.w sentiasa membawa isteri dan anak-anak Baginda bersama. Saidatina Aisyah r.a,
mengisahkan:
"Kami disuruh supaya keluar dan begitu juga dengan wanita haid pada kedua-dua hari raya untuk mendapatkan kebaikan dan doa-doa orang islam.Walau bagaimanapun,
wanita haid duduk jauh
daripada tempat
solat."
Menyegerakan
pemberian zakat fitrah
Baginda s.a.w akan berpesan agar kaum Muslimin menyegerakan pemberian zakat fitrah kepada mereka yang berhak,manakala bagi solat sunat Aidiladha
disegerakan supaya umat Islam dapat mempercepatkan urusan sembelihan korban.
Mengerjakan
solat Aidilfitri dan mendengar khutbah
Marilah sama-sama kita mengerjakan solat Aidilfitri secara
berjemaah.Walaupun ianya sunat tetapi ianya hanyalah setahun sekali. Apalah
kiranya kita meluangkan masa untuk
menghadirkan diri ke masjid untuk tunduk menghadap yang Maha Esa. Seeloknya setelah selesai solat, sama-samalah kita mendengar khutbah sehingga selesai.
Puasa
6 hari pada bulan Syawal
Rasulullah s.a.w bersabda:
"Sesiapa yang
berpuasa pada bulan Ramadhan lalu diiringi dengan puasa enam hari di bulan syawal, seolah-olah dia telah berpuasa setahun”
No comments:
Post a Comment