Wednesday 7 March 2018

Jaguh Badminton



Sekalung tahniah diucapkan kepada adik Ahmad Redzuan Zulwaqarizzal bin Ahmad Redzuan dari tahun 4 yang telah berjaya menempatkan diri sebagai salah seorang peserta kontinjen Terengganu dalam kejohanan badminton MSSM yang akan berlangsung di Negeri Sembilan pada 18 - 25 Mac 2018 nanti.

Sebelum itu adik Zulwaqarizzal mewakili SKAT ke Kejohanan Badminton MSSD Kuala Terengganu d SKSS2 dan mendapat tempat kedua kategori bawah 12 dalam kejohanan tersebut. Beliau terpilih mewakili MSSD KT ke kejohanan peringkat MSST di Besut pada 1 dan 2 Mac baru-baru ini. Dalam kejohanan peringkat Negeri itu beliau mendapat tempat ketiga.

Sekalung tahniah pihak sekolah ucapkan kepada adik Zulwaqarizzal dan semoga berjaya menggondol kejayaan pada peringkat MSSM nanti.

Monday 12 February 2018

SKAT 2018

Barisan Pentadbir SKAT 2018

Guru-guru SKAT 2018

Guru-guru perempuan di SKAT

Thursday 13 July 2017

Sunday 9 July 2017

Raya 2017




Sekitar sambutan hari raya aidilfitri 2017 di SKAT yang 
telah diadakan pada hari Khamis 6 Julai 2017. 














Tuesday 14 February 2017

Pelancaran Program Jom Ke Sekolah dan Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Pengawas 2017

















Pelancaran Program Jom Ke Sekolah dan Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Pengawas 2017 telah diadakan pada 12 Februari 2017 di Dewan Kalungan Budi SKAT. Program yang bermula jam 7.30 pagi itu disempurnakan oleh Tuan Guru Besar SKAT, En. Mohd Suhaimi Embong. Majlis tersebut turut dihadiri oleh anggota polis dari balai polis Chendering yang merupan pegawai perhubungan sekolah. Turut hadir pada majlis tersebut ialah timbalan pengerusi PIBG SKAT, En. A Ghani Awang.

Pada majlis tersebut, perutusan program Jom Ke Sekolah daripada Ketua Polis Negara dibacakan oleh pegawai perhubungan sekolah. Pelancaran peti aduan murid turut diadakan oleh pihak sekolah. Majlis penyampaian watikah pelantikan juga turut diadakan melibatkan pelantikan ketua dan penolong ketua kelas, Pembimbing Rakan Sebaya, Pengawas Pusat Sumber dan juga Pengawas Sekolah. Majlis diakhiri dengan acara melafazkan ikrar pengawas dan sesi bergambar.

Wednesday 25 January 2017

Kejohanan Merentas Desa 2017











 Kejohanan Merentas Desa SKAT telah diadakan pada hari Selasa 17 Januari 2017. Kejohanan yang melibatkan semua murid dari tahun 2 hingga 6 melibatkan larian sejauh lebih 1km bagi tahun 2 dan 3 manakala murid tahap dua berlari melebihi 4km.

Acara yang bermula pada jam 8.30 pagi itu berakhir jam 10.30 pagi. Majlis penyampaian hadiah telah diadakan sebaik sahaja acara larian tamat.