Visi Dan Misi

MISI
Bahawa  Sesungguhnya Misi
Sekolah Kebangsaan Atas Tol
ialah untuk memaksimumkan pencapaian
murid dalam bidang kurikulum, 
sahsiah dan kokurikulum melalui usaha keras 
dan iltizam yang tinggi oleh semua pihak 
berteraskan falsafah pendidikan kebangsaan

VISI
Bahawa Sesungguhnya Wawasan
Sekolah Kebangsaan Atas Tol
ialah untuk menuju ke arah kesempurnaan pendidikan murid   
melalui pelaksanaan semua program yang telah disusun 
sejajar dengan falsafah pendidikan kebangsaan


Motto Sekolah

KECEMERLANGAN HARI INI
UNTUK
KESEJAHTERAAN HARI ESOK




COGAN KATA SEKOLAH


” PENGETAHUAN SULUH HIDUP ”


DEFINISI COGAN KATA SEKOLAH

PENGETAHUAN     
 – Melambangkan kepentingan ilmu dan pendidikan yang berterusan dengan daya usaha bagi diri dan masyarakat kearah insan yang beribawa dan berketrampilan.
SULUH                      
 – Melambangkan panduan untuk mencapai kejayaan menuju hala tuju dalam bidang pendidikan yang diredha oleh Allah.

HIDUP                     
 - Melambangkan kehidupan yang penuh bererti, yang berjaya dalam semua aspek kehidupan samada di dunia dan di akhirat.   




 Lencana Sekolah
 
PENGERTIAN LENCANA

1.         Padi   
  - Melambangkan pekerjaan penduduk disekitar sekolah adalah penanam padi.

2.         Obor  
 - Semangat berkobar menimba ilmu untuk menerangi masa depan.

3.         Buku   
 - Media utama pembelajaran menerusi penulisan dan pembacaan.

4.         Tiga bulatan 
– Gabungan tenaga yang padu menjayakan semangat kesukanan.

5.         Biru      
- Melambangkan kesucian keluhuran dan budi pekerti yang tinggi di kalangan murid-murid.

6.         Hijau   
- Islam merupakan pegangan hidup yang teguh.

7.         Kuning  
– Setia kepada sultan dan pemerintah negeri.

8.         Merah 
– Semangat waja, berani dan tabah mengharungi cabaran.

9.         Slogan 
– Sedar dan akur terhadap keutamaan menimba ilmu.



LAGU SEKOLAH
 
Megah berdirinya sekolahku,
Ke arah kecemerlangan,
Unggul munuju wawasan jaya,
Lahirkan insan sempurna,
S K A T tercinta,
Mendidik kami semua,
Berdisiplin, berakhlak,
Berilmu dan beramal,
Bersama pengorbanan mu guru,
Tidak akan kami lupa,
Demi matlamat kami yang satu,
Bersama kita jayakan.