Thursday 14 November 2013

Keputusan UPSR 2013

Murid-murid yang mendapat 5A bersama ibu bapa dan guru-guru.
SKAT mencatat sejarah tersendiri pada tahun ini dalam keputusan UPSR apabila mencatatkan keputusan terbaik setakat ini dengan 14 orang calon UPSR telah berjaya memperolehi 5A. Manakala 11 orang calon telah mendapat 4A. GPS sekolah turut meningkat daripada tahun lepas apabila mendapat 1.85. Empat subjek telah mendapat peratus lulus melebihi 90% didahului oleh Bahasa Inggeris dengan pencapaian tertinggi iaitu 96.55% diikuti oleh BM Pemahaman dan Sains yang mendapat 94.83% dan BM Penulisan mendapat 93.1%, manakala Matematik pula mendapat 84.48%.

Dalam pengumuman keputusan pada hari ini yang telah diadakan di Dewan SKAT, Tuan Guru Besar turut melahirkan rasa syukur dengan keputusan yang diterima dan berterima kasih kepada semua guru dan ibu bapa yang turut sama menyumbang kepada kejayaan ini. Guru Besar turut menyampaikan sumbangan daripada PIBG kepada murid yang mendapat 5A. Tahniah kepada murid-murid yang berjaya.