Monday 9 March 2015

Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-21






Mesyuarat Agung PIBG SKAT telah diadakan pada hari Sabtu 7 Mac 2015 bertempat di Dewan SKAT. Mesyuarat yang bermula jam 9.15 pagi telah dirasmikan oleh En. Mohd Shahril bin Marzuki, Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat yang mewakili En. Omar bin Adam, Pegarah Agensi Transformasi Rakyat Terengganu (ATRA). 

Mesyuarat Agung pada kali ini telah melantik Tn. Hj. Zaidi bin Ahmad sebagai Pengerusi menggantikan Tn. Hj. Ramli bin Abdullah. Naib pengerusi pula telah disandang oleh En. A. Ghani b Awang menggantikan Tn. Hj. Saad b Kassim. Seramai 6 orang ajk mewakili ibu bapa juga telah dipilih.

Mesyuarat kali ini juga telah diserikan dengan 2 persembahan daripada murid-murid tahap satu dan tahap dua.

Sunday 11 January 2015

Hari Pertama



Perhimpunan pagi

Segak dan bergaya pada hari pertama

Khusyuk...

Taklimat Transisi Tahun 1



Hari pertama persekolahan tahun 2015 walaupun bermula lewat seminggu daripada tarikh asal kerana masalah banjir namun kemeriahan terasa apabila ibu bapa mula menghantar anak mereka ke sekolah seawal pagi. Di SK Atas Tol pada tahun ini sebanyak 3 kelas bagi tahun satu telah dibuka, melebihi kebiasaan iaitu dua kelas sahaja. 

Perjalanan persekolahan hari pertama tidak banyak bezanya dengan hari-hari lain di mana proses PdP berjalan seperti biasa setelah perhimpunan pagi Ahad diadakan di Dataran Perhimpunan. Pada jam 11.45 pagi telah diadakan taklimat mengenai transisi tahun 1 kepada ibu bapa murid tahun satu. Semoga tahun 2015 memberikan lebih banyak kejayaan kepada SK Atas Tol.