Tuesday 15 April 2014

Kursus Kepimpinan Pengawas 2014

Kursus Kepimpinan Pengawas 2014 telah diadakan pada 12 hingga 14 Mac bertempat di Rejimen 512 AW Kem Padang Midin, Kuala Terengganu. Kursus yang mendapat kerjasama pihak kem tersebut telah dianjurkan oleh Badan Disiplin dan Unit Bimbingan SKAT. 

Kem selama 3 hari itu dipenuhi dengan pelbagai pengisian yang berguna kepada peserta kursus. Di antara pengisian kursus ialah asas kawat kaki, kembara malam, motivasi oleh En. Mohamad Ibrahim dari SK Sultan Sulaiman 1. Selain itu peserta kursus juga berpeluang melihat pameran senjata api oleh pihak kem.

Pada hari terakhir, peserta kursus berpeluang mendengar ceramah motivasi dan perasmian penutup yang telah disempurnakan oleh Ketua Sektor, Sektor Psikologi dan Kaunseling JPNT, En. A Ghani b Awang.

Pihak sekolah mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan kursus ini khususnya pihak Kem 512 AW khasnya Mejar Sabri selaku Penolong Pegawai Pemerintah Kem 512 AW.