Sejarah

SEJARAH SEKOLAH

Sekolah Kebangsaan Atas Tol bermula pada tahun 1927 dengan inisiatif Allahyarham Tuan haji Awang bin Abas. Beliau ialah seorang ketua kampung dan juga merupakan guru agama kampung.Dengan pertolongan beberapa orang penduduk kampung telah dapat mendirikan sebuah bangsal dan disamping itu dibuat bangku panjang untuk tempat duduk. Tetapi malangnya apabila bangsal itu siap dibina, beberapa orang penduduk kampung yang menentang Inggeris telah membakar bangunan itu. Mereka tidak mahu fahaman dan ideologi Inggeris meresap ke dalam jiwa penduduk kampung. 

Tuan Haji Awang bin Abas menyuruh penduduk kampung yang bersetuju dengan pandangan beliau membawa bangku panjang yang siap dibuat ke rumahnya dan di mana bermula pembelajaran awal di kampung ini. Pada tahun 1939 kerajaan telah mendirikan sebuah bangunan khusus hasil usaha Tuan Haji Awang bin Abas yang telah membuat permohonan dari kerajaan Terengganu. Kebanyakan murid yang belajar berumur sebelas dan dua belas tahun. Tuan Haji Awang bin Abas terpaksa pergi dari rumah ke rumah meminta ibubapa dapat menghantar anak-anak mereka ke sekolah dan adakala beliau menuggu di tepi jalan meminta orang yang ditemuinya sama-sama memberitahu orang lain supaya dapat menghantar anak-anak mereka datang belajar ke sekolah. 

Dari sumber maklumat yang diperolehi nama ’Atas Tol’ di beri oleh kerana apabila seseorang bertemu dan bertanya kemana hendak pergi, mereka akan berkata hendak pergi ke ” Atas Tu” ( tempat tinggi atau Gong) dalam istilah bahasa percakapan harian dan lama-kelamaan tempat ini dikenali dengan panggilan ”Atas Tol” .





PENGASAS SEKOLAH

Pengasas Sekolah Kebangsaan Atas Tol ialah Allahyarham Tuan Haji Awang bin Abas. Beliau berjawatan Penghulu Mukim Pengadang Buluh disamping gelaran jawatan Ketua Mukim. Tuan Haji Awang bin Abas juga seorang ulamak terkenal di negeri Terengganu berpendidikan Arab dan belajar mengenai agama Islam di Mekah selama 18 tahun.

Tuan Haji Awang bin Abas juga bertanggungjawab sebagai seorang Hakim Mukim yang diberi kuasa oleh Sultan Terengganu untuk membicara dan mengadili sesuatu kesalahan kecil yang dilakukan oleh anak mukim.

Pada tahun 1947 beliau telah meninggal dunia dalam usia 70 tahun.





SENARAI GURU BESAR
 
1.         En.Wan Abdullah bin Abidin               23.11.1939    -   29.03.1941
2.         En. Abdul Rahman  bin Ali                   30.03.1941    -   07.05.1946
3.         En. Md Zain bin Hasan                         08.05.1946    -   01.01.1951
4.         Tuan Haji Muda bin Salleh                   02.01.1951    -   14.01.1955
5.         En. Ibrahim bin Yusof                            30.05.1955    -   15.10.1955
6.         En. Yusof bin Muda                               15.05.1956    -   30.01.1958
7.         En. Hashim bin A. Rahman                  14.01.1958    -   31.12.1971
8.         En. Hashim bin Mohamed                    01.01.1972    -   31.08.1982
9.         Tuan Haji Wan Muhamad bin Sulong    01.09.1982    -   30.06.1983
10.       Tuan Muda bin Ngah                            01.07.1983    -   16.08.1985
11.       Tuan Haji Maliki bin Abd. Ghani          16.08.1985    -   31.01.1989
12.       Tuan Haji Wan Kahlid bin Ismail           01.02.1989    -   30.01.1993
13.       Tuan Haji Abdillah bin Haji Abdul Majid   16.01.1993    -   04.04.1997
14.       Tuan Haji Suhaimi bin Mat Junoh           16.04.1997    -   30.04.1999
15.       En. Mohd bin Abdullah                          01.05.1999    -   30.06.2005
16.       En Tawang bin Sulong                           01.07.2005    -   15.06.2007
17.       En Ismail bin Kassim                    16.06.2007    -   15.01.2014
18.       En. Mohd Suhaimi bin Embong        16.01.2014    -    1.12.2018
19.       Tuan Haji Rashidi Hj Muda             2.12.2018     -  sekarang




MURID TUA YANG TERKENAL

 1.       Dr. Nordin bin Shafiei
           Tarikh Lahir : 30.06.1964
           Pekerjaan : Pegawai perubatan Unit Bius Hospital Besar K.Terengganu.

2.        YB. Haji Mazlan bin Haji Awang P.J.K.
           Tarikh Lahir : 08.06.1947
        Pekerjaan : Ahli Dewan Undangan Negeri Terengganu Kawasan Bukit Payong. 


3.         Abdul Haris bin Malik
            Tarikh Lahir : 10.11.1961
            Pekerjaan : Peguam

4.         Abdul Manan bin Embong S.M.T. , A.M.N.
            Tarikh Lahir : 1957
            Pekerjaan : Pelakon Filem         

5.         Haji Abdul Rahman bin Ali A.M.N. , P.J.K.
            Tarikh Lahir : 1936
            Pekerjaan : Berniaga
                      : Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Terengganu Kawasan Bukit Payong.

6.         Haji Mohd Zaid bin Haji Awang
            Tarikh Lahir : 06.10.1941
Pekerjaan : Pengetua Sekolah Menengah Ibrahim Fikri, Kuala Terengganu.

7.         Abdul Taib @ Anuar bin Abdullah
            Tarikh Lahir : 26.11.1946
            Pekerjaan : Pegawai Tadbir Negeri Terengganu.