Tuesday 29 January 2013

Bantuan Persekolahan 2013













Bantuan Khas Awal Persekolahan Peringkat SKAT telah diadakan pada hari Rabu 23 Januari 2013, jam 2.30 petang bertempat di Dewan SKAT. Majlis penyampaian bantuan tersebut telah disempurnakan oleh Ybhg Encik Zaidi bin Muda, Pegawai Pembangunan DUN Bukit Payung, Marang, Terengganu. Semua murid SKAT hadir ke majlis yang diadakan bersama ibu bapa masing-masing untuk menerima bantuan tersebut.

Wednesday 16 January 2013

Selamat Bersara GPK HEM


Selasa 15 Januari 2013 merupakan hari terakhir perkhidmatan Pn. Hjh Wan Samsiah bt Wan Muda dalam dunia pendidikan. Pn. Hjh Wan Samsiah atau lebih mesra dengan panggilan Kak Wan telah berkhidmat dalam dunia pendidikan selama 33 tahun dan SKAT merupakan sekolah terakhir beliau dengan jawatan Penolong Kanan Hal Ehwal Murid.

Kak Wan dilahirkan pada 10 Disember 1954 dan memulakan perkhidmatan sebagai guru pada tahun 1979 di SMK Tengku Ibrahim, Besut kemudian bertukar ke SMK Sultan Ahmad, K. Trg. Pada tahun 2002 berpindah ke SK Rusila, Marang sebelum ke SKAT pada tahun 2008.

Selamat bersara Kak Wan dan doa dari kami di SKAT semoga Kak Wan sentiasa ceria dan bahagia bersama keluarga.... kami iringi perpisahan ini dengan bait-bait terakhir sajak Guru O Guru karya Sasterawan Negara, Usman Awang....

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan didulang ilmu
Panggilan keramat "Cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat....

Tuesday 1 January 2013

Selamat Tahun Baru 2013



Selamat menyambut tahun baru 2013 kepada semua khususnya warga SKAT.... Selamat kembali ke sekolah kepada semua murid tahun 2 hingga tahun 6. Selamat datang kepada adik-adik yang baru menjejakkan kaki ke Tahun 1 dan Pra Sekolah, selamat menempuhi alam persekolahan. Juga kepada adik-adik lepasan UPSR 2012 di SKAT, selamat melangkah ke alam sekolah menengah. 

Semoga tahun 2013 akan dapat kita harungi bersama untuk mencapai kecemerlangan dalam bidang pendidikan, biarlah tahun ini lebih baik dari tahun sebelum.... selamat maju jaya semua.......