Thursday 27 February 2014

Jamuan Perpisahan











Majlis jamuan perpisahan guru besar dan kaki tangan SKAT telah diadakan baru-baru ini di Grand Puteri Hotel, Kuala Terengganu. Majlis yang diadakan sempena perpisahan Guru Besar, Tn Hj Ismail Kassim, Penolong Kanan Kokurikulum, En. Abd. Razak Saad, Cikgu Hajah Samsiah bt Ngah, dan juga pembantu pra, Pn Rukma bt Ismail. Majlis tersebut juga turut dihadiri oleh Pengerusi PIBG SKAT, Tn Hj Ramli b Abdullah. Salam perpisahan dan selamat bertugas di tempat baru kepada mereka semua.

Tuesday 25 February 2014

Emas...


Tahniah kepada adik Muhammad Aidil Hakimi bin Saharudin dari Tahun 6 S kerana telah berjaya merangkul pingat emas dalam acara lompat tinggi Kejohanan Padang dan Balapan MSSDKTS. Kejohanan tersebut berlangsung di SMK Sultan Sulaiman pada 10 - 13 Februari 2014 telah melayakkan adik Muhammad Aidil mewakili Daerah Kuala Terengganu Selatan ke Kejohanan Padang dan Balapan Majlis Sukan Sekolah Terengganu (MSST) yang akan berlangsung pada 5 - 8 Mac 2014 di Trek Latihan Olahraga Gong Badak, Kuala Terengganu. Sama-samalah kita berdoa agar Aidil berjaya dalam kejohanan tersebut dan sama-sama kita memberikan sokongan kepada beliau.

Kejohanan Merentas Desa 2014

Kejohanan Merentas Desa Peringkat SKAT telah diadakan pada hari Khamis 20 Februari bertempat di SKAT. Kejohanan yang bermula jam 8.30 pagi itu telah dilepaskan oleh PK Kokurikulum En. Che Mohd b Abdul Rahman di Padang SKAT telah disertai oleh semua murid dari tahun 1 hingga 6. Laluan merentas desa terbahagi kepada dua laluan iaitu untuk tahap satu dan tahap dua.

Pasukan dari rumah hijau telah muncul juara keseluruhan pada kali ini. Kejohanan kali ini juga mendapat kerjasama daripada Milo dengan menaja minuman dan hadiah iringan untuk semua murid.



























Saturday 15 February 2014

LADAP




Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP) Siri 1, 2014 telah diadakan pada 15 Februari 2014. LADAP yang diadakan di Makmal Komputer SKAT bertajuk Penggunaan Chromebook dan Frog VLE telah dihadiri oleh semua guru bermula jam 8.30 pagi telah dikendalikan oleh 2 orang guru yang telah menghadiri kursus pendedahan yang diadakan sebelum ini. 

LADAP ini berjaya memberikan kemahiran asas kepada guru-guru mengenai penggunaan chromebook dan juga mengendalikan laman frog vle.

Tuesday 11 February 2014

Sambutan Maulidur Rasul

Sambutan Maulidur Rasul di SKAT telah diadakan pada hari Khamis, 23 Januari 2014. Sambutan yang bermula seawal jam 8.00 pagi dimulakan dengan perarakan sambil berselawat mengelilingi Kampung Atas Tol yang disertai oleh semua murid dan guru. Turut serta dalam perarakan tersebut ialah barisan pimpinan PIBG SKAT yang diketuai oleh pengerusinya iaitu Ustaz Ramli.

Acara seterusnya diadakan di Dewan SKAT iaitu Pertandingan Azan, Tilawah Quran serta bercerita kisah-kisah dari Al-Quran.