Wednesday 22 January 2014

Perpisahan Guru Besar

Majlis Perpisahan Tuan Guru Besar SKAT, Tn. Hj. Ismail bin Kassim telah diadakan pada hari Ahad 19 Januari 2014. Majlis yang bermula jam 11.00 pagi diadakan sempena pertukaran Guru Besar ke Sekolah Kebangsaan Kepong, Kuala Terengganu bermula 16 Januari 2014.

Tuan Haji Ismail Kassim memulakan perkhidmatan di SKAT pada 16 Jun 2007, selama hampir 7 tahun di SKAT pelbagai kenangan pahit manis dilalui bersama guru-guru. Antara yang tebaik ialah pencapaian UPSR 2013 dimana 14 orang calon telah mendapat 5A manakala gps pada tahun tersebut adalah 1.85. (rujuk sini)

Pada majlis yang diadakan di Dewan SKAT itu, guru besar telah menyampaikan amanat terakhir beliau kepada guru-guru dan semua murid SKAT. Beliau berharap agar guru-guru meneruskan usaha bagi mencapai kecemerlangan di dalam semua bidang demi anak-anak bangsa yang memerlukan pendidikan yang terbaik.

Pihak SKAT mengucapkan selamat maju jaya kepada Tuan Haji Ismail bin Kassim...









Tuesday 21 January 2014

Majlis Pelantikan Pengawas

Majlis penyampaian watikah pelantikan pengawas sekolah dan pengawas pusat sumber SKAT telah diadakan pada hari Ahad 19 Januari 2014. Majlis yang bermula jam 8.00 pagi berlangsung di Dewan SKAT itu telah disempurnakan oleh Inspektor Muhammad Haikal Hendry bin Abdullah dari Jabatan Pencegahan dan Pembanterasan Jenayah, Ibu Pejabat Polis (IPK) Terengganu.

Dalam ucapan perasmiannya, Inspektor Muhammad Haikal Hendry mengingatkan pengawas yang dilantik agar dapat menjalankan tugas yang diamanahkan dengan baik disamping menjaga disiplin diri sendiri agar menjadi contoh kepada murid-murid yang lain. Disamping itu, beliau mengingatkan semua murid agar belajar bersungguh-sungguh demi mencapai kejayaan dalam pelajaran dan sentiasa menjaga disiplin sama ada semasa di sekolah ataupun di luar kawasan sekolah.

Dalam majlis tersebut seramai 44 orang murid telah dilantik menjadi pengawas sekolah manakala 25 orang dilantik menjadi pengawas pusat sumber sekolah.













Monday 13 January 2014

Makan Malam Bersama Hai-O

Pada 12 Januari 2014, 20 orang murid yang terpilih dari SKAT berpeluang menikmati makan malam bersama bintang bolasepak terkenal Hairuddin Omar atau Hai O. Majlis anjuran Adeq Su Ikan Bakar di Jalan Kamaruddin diadakan jam 8.00 malam turut dihadiri oleh Tuan Guru Besar, PK HEM dan beberapa orang guru. Murid-murid tersebut merasakan amat bertuah kerana diraikan sendiri oleh pemain bola tersohor dari Terengganu itu.

Pada akhir majlis, murid-murid tersebut mendapat cenderamata yang disampaikan oleh Hai O dan bintang bola sepak daripada pasukan T Team yang berasal dari Brazil iaitu Fabio Flor serta bekas pemain T Team Sapian Wahid dan jurulatih kecergasan pasukan T Team.