Monday 31 October 2011

Lawatan Ke Dungun Dan Kemaman

SKAT telah mengadakan lawatan ke Dungun dan Kemaman pada hari Khamis 27 Oktober 2011. Lawatan yang disertai oleh murid tahun 6 dan guru-guru bermula jam 8.00 pagi. Destinasi lawatan pertama ialah Bengkel Pemulihan Kebajikan Marang, yang merupakan bengkel bagi OKU menjalani latihan dalam beberapa bidang seperti jahitan, membuat pagar dawai, perabot dan kimpalan.

Bengkel Pemulihan Kebajikan Marang

Lawatan diteruskan lagi ke destinasi kedua iaitu Galeri Biodiversiti Akuatik, Rantau Abang. Galeri ini terdiri dari 6 ruangan, iaitu ruang Biodiversiti, ruang Flora dan Ikan, ruang Penyu dan Tuntung Laut, ruang Mamalia Marin, ruang Timun Laut dan Kuda Laut, serta ruang Moluska, Batu Karang dan Tapak Sulaiman ini bertujuan untuk mendidik orang awam mengenai kepentingan biodiversiti.


Galeri Biodiversiti Akuatik

Replika Penyu....

Di dalam galeri....

Anak penyu.....
Rombongan SKAT juga sempat singgah di Pusat Penerangan Penyu Rantau Abang tetapi tidak dapat menonton tayangan mengenai penyu kerana pusat tersebut sedang dibaiki.

Kelas Maya
Seterusnya rombongan SKAT telah singgah untuk makan tengah hari sambil melawat sekolah maya iaitu SK Telok Kalong, Kemaman. Pihak SKAT telah diberi penerangan mengenai perjalanan kelas maya di sekolah tersebut.

Zoo Kemaman

Aksi terjun tiruk....
Destinasi terakhir lawatan pada sehari tersebut ialah ke Mini Zoo Kemaman di Ibok, Kemaman. Murid SKAT tidak melepaskan peluang untuk mandi manda di zoo tersebut. Rombongan bertolak balik ke K. Trg jam 6.00 petang dan tiba di SKAT jam 10.30 malam setelah berhenti sembahyang dan makan di Dungun.

Saturday 29 October 2011

Khatam Al-Quran Beramai-Ramai Tercatat Dalam Malaysia Book Of Records


KUALA TERENGGANU: Terengganu pada Sabtu mencipta rekod baru dalam Malaysia Book of Records apabila seramai 20,133 pelajar Kelas Fardu Ain (Kafa) negeri ini khatam Al-Quran.
Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan negeri Khazan Che Mat berkata jumlah itu meningkat berbanding tahun lepas seramai 16,929 orang.
"Untuk majlis kali ini, kita mendapat pengiktirafan daripada Malaysia Book of Records," katanya kepada pemberita selepas Majlis Khatam Al-Quran & Anugerah Kecemerlangan Ujian Penilaian(UPKK) pelajar kelas Al-Quran & Fardu Ain (Kafa)negeri Terengganu 2011.
Khazan berkata Melaka merupakan negeri kedua paling ramai pelajar Kafa membuat khatam al-Quran iaitu 15,033 orang.
Beliau berkata majlis khatam Al-Quran di Terengganu hari ini dibuat serentak di seluruh negeri iaitu Kuala Terengganu seramai 6,325, Besut (3,149), Setiu (2,311), Marang (2,744), Hulu Terengganu (1,910), Dungun (2,024) dan Kemaman (1,670).
Sebahagian besar daripada pelajar berkenaan menggunakan Al-Quran digital menerusi e-book yang diagihkan kerajaan, katanya.
Khazan berkata pada masa akan datang kerajaan negeri mensasarkan seramai 30,000 pelajar khatam Al-Quran setiap tahun.
Beliau berkata adalah menjadi harapan kerajaan semua pelajar sekolah menengah di Terengganu pada masa akan datang mempunyai asas pembacaan Al-Quran dengan baik.
"Kita juga mengharapkan pelajar-pelajar itu mewakili negeri dalam pertandingan tilawah Al-Quran peringkat kebangsaan dan antarabangsa pada masa depan," katanya.
Dalam perkembangan lain, beliau berkata Pejabat Majlis Agama Islam daerah Marang yang baru siap dibina dengan nilai hampir RM3 juta akan digunakan awal tahun depan. - BERNAMA

Tarik Tali

Sedia.....

Tarikkkk.....

Pasukan GB......

Sedia.....

Pasukan PK 1

Tarikkkkk......
Aktiviti kokurikulum hari terakhir 2011 telah diisi dengan acara tarik tali. Acara yang disertai oleh semua unit beruniform termasuk murid perempuan telah diadakan pada waktu kokurikulum pada hari Selasa, 25 oktober 2011 dan mendapat sambutan yang menggalakkan daripada semua murid.

Wednesday 26 October 2011

'Sardine Roll'

Hangus....
Salah satu aktiviti Pasca UPSR tahun 6 ialah membuat 'sardine roll'. Akiviti yang diadakan pada 17 Oktober 2011 telah diadakan di SKAT melibatkan semua murid tahun 6. Aktiviti yang dibimbing oleh guru-guru tahun 6 menghasilkan pelbagai jenis 'sardine roll' hasil kreativiti murid-murid.








Siap...


Buah tangan murid lelaki.

Saturday 22 October 2011

2,642 orang guru UPSR Terengganu terima laptop

KUALA TERENGGANU - Pendidikan sentiasa menjadi agenda utama kerajaan negeri Terengganu di bawah pimpinan YAB Dato' Seri Haji Ahmad bin Said, Menteri Besar Terengganu. Justru berbagai usaha telah dilaksanakan bagi memastikan agar guru yang diberi tanggungjawab mendidik anak bangsa berupaya membina tamaddun dan mampu bersaing. Beliau berharap melalui pembudayaan ICT di kalangan pendidik dan pelajar ianya mampu mengubah cara berfikir dan budaya landskap pendidikan negeri ini.


Beliau berkata demikian sewaktu Majlis Penyerahan Laptop kepada Guru-Guru UPSR Terengganu di 
Wisma Darul Iman pagi tadi. Seramai 2,642 orang Guru UPSR Terengganu menerima laptop daripada Menteri Besar Terengganu yang bernilai hampir RM3.7 juta. Majlis berkenaan turut dihadiri oleh Setiuasaha Kerajaan Negeri, Exco dan Timbalan Exco Pelajaran Negeri Terengganu, Pengarah dan Timbalan Pengarah Pelajaran Negeri dan pegawai-pegawai kanan Jabatan Pelajaran Negeri serta Pegawai Pelajaran Daerah seluruh negeri.

Tiga tahun yang lepas kerajaan negeri telah memperkenalkan e-book kepada murid-murid tahun 6. Biarpun terdapat pandangan dan tohmahan kerajaan negeri di bawah pimpinan YAB Dato' Haji Ahmad bin Said secara konsisten meneruskan program berkenaan dan di jangka menjelang akhir tahun ini sebanyak hampir seratus ribu ebook diagihkan kepada pelajar.

Sesungguhnya warga pendidik dan pelajar negeri ini amat bertuah berbanding dengan negeri lain kerana keperihatinan dan kecaknaan sebegitu rupa daripada kerajaan dan pimpinan negeri Terengganu. Pelaburan besar ini mestilah dibayar dengan  keupayaan untuk terus cemerlang dan terbilang dalam pendidikan di negara ini. Terengganu mesti mampu melahirkan tenaga manusia yang  berkompetensi dari segi ilmu, kemahiran dan nilai. Tugas besar ini diamanahkan kepada pendidik sebagai arkitek bangsa agar hasrat kerajaan negeri menjadikan "Terengganu sebagai Anjung ilmu". Kita amat yakin guru Terengganu amat tahu bersyukur dengan menterjemahkan rasa syukur ini menunaikan amanah mendidik dengan penuh keinsafan dan penuh iltizam



Sunday 16 October 2011

'Bayaran RM100 lebih awal'

PORT DICKSON: Kerajaan akan cuba membayar bantuan persekolahan sebanyak RM100 kepada setiap pelajar seperti yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika pembentangan Belanjawan 2012 pada Disember ini.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata pembayaran lebih awal itu bertujuan meringankan beban ibu bapa sebelum musim persekolahan tahun depan bermula.
Katanya, kerajaan pada mulanya hendak membayar pada Januari depan, tetapi Perdana Menteri yang ditemui kelmarin bersetuju memberi kelonggaran kerana bantuan itu dapat membantu ibu bapa membeli pelbagai kelengkapan sekolah.

“Kementerian Pelajaran dan Kewangan akan berusaha sebaik mungkin merealisasikan pembayaran lebih awal kepada kira-kira 5.3 juta pelajar,” katanya selepas majlis penyerahan dokumen hak milik di Kampung Paya dekat sini, semalam.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, bantuan kepada setiap pelajar membabitkan perbelanjaan lebih RM500 juta.

Mengulas mekanisme pembayaran, katanya pemberian wang secara tunai itu dibuat melalui setiap sekolah di bawah Kementerian Pelajaran dan tidak membabitkan sekolah persendirian atau swasta. 
Sementara itu, katanya kerajaan mempertimbangkan untuk mencari beberapa negara lain bagi memenuhi keperluan pembantu rumah di negara ini, selain mungkin memperkenalkan program latihan untuk rakyat tempatan untuk bekerja di sektor itu.

“Ada banyak kemungkinan untuk memenuhi permintaan itu, kita tunggu dan lihat,” katanya ketika mengulas keputusan kerajaan Kemboja melarang penghantaran pembantu rumah dari negara itu ke negara ini yang dikatakan menghadapi penderaan, termasuk dipukul dan dirogol.

Beliau berkata, kerajaan memahami bahawa pembantu rumah sangat penting dalam sesetengah keluarga, tetapi pengharaman penghantaran pembantu rumah Indonesia ke negara ini juga belum diselesaikan, tetapi yakin dapat dileraikan atas semangat ASEAN.


Sumber: Berita Harian Online

Monday 10 October 2011

Ekspedisi SKAT Sekayu

Ekspedisi Berbasikal SKAT Sekayu telah diadakan pada 6 - 8 Oktober 2011. Ekspedisi tersebut telah disertai oleh 74 orang murid lelaki dan perempuan yang mengayuh basikal sejauh 56 km ke Sekayu, Hulu Terengganu.

Memanaskan badan...
Ekspedisi tersebut turut dibantu oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan St. John Ambulan yang melicinkan perjalanan kayuhan yang diadakan itu.

Sebelum memulakan kayuhan....
Pelbagai jenis basikal telah digunakan oleh peserta yang mengambil bahagian dalam ekspedisi tersebut.

PDRM
Tiga anggota polis trafik dari balai Kuala Terengganu banyak membantu melicinkan pergerakan konvoi berbasikal ini.

Memulakan perjalanan....
Peserta ekspedisi telah dilepaskan oleh Guru Penolong Kanan HEM tepat jam 8.40 pagi di perkarangan SKAT.

Marshal....
Guru-guru juga banyak membantu melicinkan perjalanan konvoi dengan bertindak sebagai marshal yang mengawal perjalanan....

Hentian 1 / Kepong
Peserta konvoi telah berhenti rehat untuk menikmati minum pagi di rumah Guru Penolong Kanan 1 di Kg. Kepong setelah melalui perjalanan sejauh 7.7km.

Hentian 2 / Tiruk
Peserta konvoi meneruskan perjalanan dan berhenti di hentian kedua di Kg. Tiruk setelah membuat kayuhan sejauh 16km....

Bersama PDRM....
Perjalanan diteruskan dari Kg. Tiruk menuju ke destinasi, anggota polis dari balai Hulu Terengganu mengambil alih tugas mengawal peserta konvoi.

Hentian 3 / Kg. Tapu
Hentian ke-3 ialah di hadapan SK Tapu setelah menempuhi perjalanan sejauh 24km. Tiba di hadapan SK Tapu jam 11.00 pagi. Peserta berehat seketika untuk membasahkan tekak dan melepaskan lenguh.

Siapa langgar?
Perjalanan dari SK Tapu diteruskan sehingga ke hentian seterusnya iaitu di Masjid Kg. Butut, Hulu Terengganu.
Hentian 4 / Masjid Kg Butut
Peserta tiba di Masjid Kg. Butut jam 11.55 pagi setelah berkayuh sejauh 35km....

Hentian 5 / Masjid Kuala Menjing
Seterusnya peserta ekspedisi tiba dihentian seterusnya iaitu Masjid Kg. Kuala Menjing tepat jam 1.30 tengah hari setelah melalui perjalanan sejauh 47km. Peserta menikmati makan tengah hari dan menunaikan solat zohor di sini.

Makan

Sedap makan semasa lapar.....

Persimpangan Sekayu....

Hampir tiba....

Sampai....
Peserta konvoi tiba di destinasi tepat jam 3.00 petang setelah menempuhi perjalanan sejauh 56km. Masa kayuhan yang dirakamkan ialah 3 jam 17 minit. Selepas solat Asar peserta mengambil peluang mandi-manda di Taman Tema Sekayu.

Bacaan Yasin....
Pada sebelah malam diadakan solat Maghrib dan Isyak berjemaah dan bacaan surah Yasin yang dipimpin oleh Tuan Guru Besar....

'Jungle Trekking'
Aktiviti pertama pada hari Jumaat ialah 'Jungle Trekking' yang mengambil masa selama satu setengah jam merentasi bukit-bukau.

Belajar Sains?

Khazanah alam....

Tamat 'jungle trekking'

Mandi lagi.....

Ceramah JKJR
Pada sebelah malam diadakan ceramah mengenai keselamatan jalanraya yang disampaikan sendiri oleh Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) Negeri Terengganu. Di samping itu peserta konvoi telah dijamu bbq selepas ceramah tersebut.

Hentian terakhir....
Perjalanan pulang pada hari Sabtu bermula jam 9.00 pagi. Perjalanan balik lebih cepat kerana peserta hanya berhenti sekejap-sekejap di tepi jalan untuk membasahkan tekak. Perhentian terakhir di rumah pengusaha kantin SKAT jam 12.00 tengah hari untuk menikmati makan tengah hari. Perjalanan diteruskan jam 1.00 tengah hari menuju SKAT.

Sampai....
Semua peserta selamat tiba di SKAT jam 1.30 tengah hari......

Bersama guru pengiring.....
Terima kasih diucapkan kepada semua yang turut sama menjayakan ekspedisi ini.......