Wednesday 5 October 2011

Lawatan Ke Melaka Dan Kuala Lumpur


Pada 28 hingga 30 September yang lalu, murid-murid tahun enam Sekolah Kebangsaan Atas Tol telah mengadakan lawatan ke Melaka dan Kuala Lumpur. Seramai 34 orang murid dan 6 orang guru pengiring telah menyertai lawatan tersebut.


       Kami bertolak pada pukul 9:00 malam. Kami pergi ke sana dengan sebuah bas yang telah disewa oleh pihak sekolah. Kami tiba di sana pada pukul 5:30 pagi.


        Destinasi pertama yang kami lawati ialah Kota A Famosa. Kota A Famosa ialah kubu yang dibuat oleh Portugis. Kami juga melawat perigi Hang Li Po. Kami terpegun melihat kota dan perigi itu. 


         Kemudian, kami makan tengah hari di sebuah hotel di Melaka yang telah ditempah oleh guru. Selesai makan, kami bertolak menuju ke Zoo Melaka. Kami melihat pelbagai jenis haiwan di sana. Kami juga tidak melepaskan peluang mengambil gambar haiwan-haiwan tersebut.

 
         Selepas itu , kami bertolak menuju ke Kuala Lumpur. Dalam perjalanan, kami sempat membeli-belah di sebuah pasaraya di Negeri Sembilan. Selepas selesai membeli-belah di sana, kami meneruskan perjalanan menuju ke Kuala Lumpur.


         Kami tiba di Kuala Lumpur pada pukul lapan malam. Selepas itu,  kami mendaftar masuk ke sebuah hotel yang telah ditempah oleh guru. Kami bermalam di sana. Keesokkan paginya, selepas mendaftar keluar dari hotel itu, kami menuju ke Petrosains. Kami dapat melakukan pelbagai aktiviti di Petrosains tersebut.

        Selepas itu, kami menuju ke Putrajaya untuk makan tengah hari dan solat di sana. Kemudian, kami menuju ke Kuala Lumpur untuk makan malam di KFC di sana. Sebelum pulang, kami dibenarkan untuk membeli-belah di sebuah pasaraya di Kuala Lumpur.

         Kami bertolak pulang pada pukul 9:00 malam. Kami berhenti rehat dan solat di perhentian Temerloh. Kami berasa sangat letih tetapi gembira.

Disediakan oleh,         

MUHAMMAD NOR RIDHWAN BIN MOHD ALWI                                                                       
Tahun 6 Susila SKAT

1 comment:

  1. PAKEJ PENGINAPAN DAN LAWATAN PALING MURAH KE MELAKA BAGI PELAJAR/STUDENT SEKOLAH/KOLEJ/UNIVERSITI 2016 – 2017

    Kami menyediakan pakej lawatan pelajar ke Melaka dengan pakej lawatan yang sangat menarik.

    Pakej untuk penginapan bagi seorang pelajar;

    Hari Biasa (Ahad – Khamis);
    - Sekolah Rendah : RM25.00
    - Sekolah Menengah: RM25.00
    - Institut Pengajian Tinggi (IPT): RM35.00

    Hujung Minggu (Jumaat & Sabtu), Cuti Umum & Cuti Sekolah;
    - Sekolah Rendah: RM35.00
    - Sekolah Menengah: RM35.00
    - Institut Pengajian Tinggi : RM45.00

    Pakej Sarapan (packing) juga disediakan pada kadar RM 5.00 bagi setiap pelajar.

    Harga boleh dirunding.

    Penginapan asrama dan apartment akan disediakan INDAH Kembara Apartment & Hostel, Klebang Melaka akan kami sediakan.

    Sila lawati http://www.indahkembara.com/

    Untuk pertanyaan lanjut sila hubungi kami:

    INDAH Kembara Apartment & Hostel Melaka;
    (diuruskan oleh World Heritage Management)
    No. 46, Jalan LJ 1, Taman Limbongan Jaya,
    75250 Limbongan, Melaka

    HOTLINE:
    Ms Hana 013-2987378

    anda juga bole menghantar mesej melalui SMS , WhatsApp

    Email:
    sales@worldheritage.com.my
    melakatour@gmail.com

    Laman web kami:
    http://www.indahkembara.com
    http://www.homestaymelaka.com.my
    http://homestaymelaka.worldheritage.com.my
    http://www.worldheritage.com.my
    http://www.hotelmelaka.com.my

    ReplyDelete