Monday 10 October 2011

Ekspedisi SKAT Sekayu

Ekspedisi Berbasikal SKAT Sekayu telah diadakan pada 6 - 8 Oktober 2011. Ekspedisi tersebut telah disertai oleh 74 orang murid lelaki dan perempuan yang mengayuh basikal sejauh 56 km ke Sekayu, Hulu Terengganu.

Memanaskan badan...
Ekspedisi tersebut turut dibantu oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan St. John Ambulan yang melicinkan perjalanan kayuhan yang diadakan itu.

Sebelum memulakan kayuhan....
Pelbagai jenis basikal telah digunakan oleh peserta yang mengambil bahagian dalam ekspedisi tersebut.

PDRM
Tiga anggota polis trafik dari balai Kuala Terengganu banyak membantu melicinkan pergerakan konvoi berbasikal ini.

Memulakan perjalanan....
Peserta ekspedisi telah dilepaskan oleh Guru Penolong Kanan HEM tepat jam 8.40 pagi di perkarangan SKAT.

Marshal....
Guru-guru juga banyak membantu melicinkan perjalanan konvoi dengan bertindak sebagai marshal yang mengawal perjalanan....

Hentian 1 / Kepong
Peserta konvoi telah berhenti rehat untuk menikmati minum pagi di rumah Guru Penolong Kanan 1 di Kg. Kepong setelah melalui perjalanan sejauh 7.7km.

Hentian 2 / Tiruk
Peserta konvoi meneruskan perjalanan dan berhenti di hentian kedua di Kg. Tiruk setelah membuat kayuhan sejauh 16km....

Bersama PDRM....
Perjalanan diteruskan dari Kg. Tiruk menuju ke destinasi, anggota polis dari balai Hulu Terengganu mengambil alih tugas mengawal peserta konvoi.

Hentian 3 / Kg. Tapu
Hentian ke-3 ialah di hadapan SK Tapu setelah menempuhi perjalanan sejauh 24km. Tiba di hadapan SK Tapu jam 11.00 pagi. Peserta berehat seketika untuk membasahkan tekak dan melepaskan lenguh.

Siapa langgar?
Perjalanan dari SK Tapu diteruskan sehingga ke hentian seterusnya iaitu di Masjid Kg. Butut, Hulu Terengganu.
Hentian 4 / Masjid Kg Butut
Peserta tiba di Masjid Kg. Butut jam 11.55 pagi setelah berkayuh sejauh 35km....

Hentian 5 / Masjid Kuala Menjing
Seterusnya peserta ekspedisi tiba dihentian seterusnya iaitu Masjid Kg. Kuala Menjing tepat jam 1.30 tengah hari setelah melalui perjalanan sejauh 47km. Peserta menikmati makan tengah hari dan menunaikan solat zohor di sini.

Makan

Sedap makan semasa lapar.....

Persimpangan Sekayu....

Hampir tiba....

Sampai....
Peserta konvoi tiba di destinasi tepat jam 3.00 petang setelah menempuhi perjalanan sejauh 56km. Masa kayuhan yang dirakamkan ialah 3 jam 17 minit. Selepas solat Asar peserta mengambil peluang mandi-manda di Taman Tema Sekayu.

Bacaan Yasin....
Pada sebelah malam diadakan solat Maghrib dan Isyak berjemaah dan bacaan surah Yasin yang dipimpin oleh Tuan Guru Besar....

'Jungle Trekking'
Aktiviti pertama pada hari Jumaat ialah 'Jungle Trekking' yang mengambil masa selama satu setengah jam merentasi bukit-bukau.

Belajar Sains?

Khazanah alam....

Tamat 'jungle trekking'

Mandi lagi.....

Ceramah JKJR
Pada sebelah malam diadakan ceramah mengenai keselamatan jalanraya yang disampaikan sendiri oleh Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) Negeri Terengganu. Di samping itu peserta konvoi telah dijamu bbq selepas ceramah tersebut.

Hentian terakhir....
Perjalanan pulang pada hari Sabtu bermula jam 9.00 pagi. Perjalanan balik lebih cepat kerana peserta hanya berhenti sekejap-sekejap di tepi jalan untuk membasahkan tekak. Perhentian terakhir di rumah pengusaha kantin SKAT jam 12.00 tengah hari untuk menikmati makan tengah hari. Perjalanan diteruskan jam 1.00 tengah hari menuju SKAT.

Sampai....
Semua peserta selamat tiba di SKAT jam 1.30 tengah hari......

Bersama guru pengiring.....
Terima kasih diucapkan kepada semua yang turut sama menjayakan ekspedisi ini.......

No comments:

Post a Comment