Monday 31 October 2011

Lawatan Ke Dungun Dan Kemaman

SKAT telah mengadakan lawatan ke Dungun dan Kemaman pada hari Khamis 27 Oktober 2011. Lawatan yang disertai oleh murid tahun 6 dan guru-guru bermula jam 8.00 pagi. Destinasi lawatan pertama ialah Bengkel Pemulihan Kebajikan Marang, yang merupakan bengkel bagi OKU menjalani latihan dalam beberapa bidang seperti jahitan, membuat pagar dawai, perabot dan kimpalan.

Bengkel Pemulihan Kebajikan Marang

Lawatan diteruskan lagi ke destinasi kedua iaitu Galeri Biodiversiti Akuatik, Rantau Abang. Galeri ini terdiri dari 6 ruangan, iaitu ruang Biodiversiti, ruang Flora dan Ikan, ruang Penyu dan Tuntung Laut, ruang Mamalia Marin, ruang Timun Laut dan Kuda Laut, serta ruang Moluska, Batu Karang dan Tapak Sulaiman ini bertujuan untuk mendidik orang awam mengenai kepentingan biodiversiti.


Galeri Biodiversiti Akuatik

Replika Penyu....

Di dalam galeri....

Anak penyu.....
Rombongan SKAT juga sempat singgah di Pusat Penerangan Penyu Rantau Abang tetapi tidak dapat menonton tayangan mengenai penyu kerana pusat tersebut sedang dibaiki.

Kelas Maya
Seterusnya rombongan SKAT telah singgah untuk makan tengah hari sambil melawat sekolah maya iaitu SK Telok Kalong, Kemaman. Pihak SKAT telah diberi penerangan mengenai perjalanan kelas maya di sekolah tersebut.

Zoo Kemaman

Aksi terjun tiruk....
Destinasi terakhir lawatan pada sehari tersebut ialah ke Mini Zoo Kemaman di Ibok, Kemaman. Murid SKAT tidak melepaskan peluang untuk mandi manda di zoo tersebut. Rombongan bertolak balik ke K. Trg jam 6.00 petang dan tiba di SKAT jam 10.30 malam setelah berhenti sembahyang dan makan di Dungun.

No comments:

Post a Comment