Tuesday 21 October 2014

Perkhemahan Tahunan Unit Beruniform

Berkhemah dalam taman



Perkhemahan Tahunan Unit Beruniform pada tahun ini telah diadakan pada 16 hingga 18 Oktober 2014 bertempat di perkarangan SKAT. Perkhemahan yang disertai oleh semua murid tahun 5 dan 6 itu dipenuhi dengan pelbagai aktiviti untuk memberi pendedahan dan pengalaman kepada peserta perkhemahan.

Slot ceramah agama

Di antara aktiviti yang diadakan ialah aktiviti asas perkhemahan dan pertolongan cemas seperti memasang khemah, ikatan dan simpulan serta anduh. Pada malam pertama semua peserta dibawa melawat ke kilang percetakan akhbar kumpulan NST di Ajil. Semua peserta melihat kerja-kerja percetakan akhbar dilakukan pada waktu tengah malam.

Di NST Ajil
Pada pagi Jumaat, peserta dipecahkan kepada dua kumpulan iaitu lelaki dan perempuan untuk melakukan aktiviti khidmat masyarakat. Dengan kerjasama JK Masjid Atas Tol dan JKKK Atas Tol, peserta perempuan melakukan aktiviti gotong royong membersihkan masjid manakala peserta lelaki membersihkan tanah perkuburan. Dalam aktiviti membersihkan kubur, peserta dikejutkan dengan kehadiran pelakon terkenal yang berasal dari Kg. Atas Tol iaitu Eman Manan.

Bersih kubur

Bersama Eman Manan

Bersama masyarakat kampung




Guru-guru perempuan tak lepaskan peluang bergambar...

Slot Motivasi Khas Bersama Eman Manan

Bergambar bersama Eman Manan
Aktiviti pada sebelah petang pula ialah pertandingan memasak dan permainan tradisional manakala pada malamnya diadakan malam kebudayaan. Acara pada hari terakhir ialah senamrobik dan pertandingan kawat kaki serta gotong royong meruntuhkan khemah dan membersihkan tapak perkhemahan. Acara penutup dan penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh GPK Kokurikulum mewakili Tuan Guru Besar pada pukul 12.00 tengah hari.

Pertandingan Memasak

Malam Kebudayaan

Malam Kebudayaan

Senamrobik




Sunday 28 September 2014

Di Sini Lahirnya Sebutir Bintang...

Muhammad Alif Farhan
Adik Muhammad Alif Farhan bin Fauzi dari tahun 4 Amanah dilahirkan pada 21 Januari 2004. Beliau menunjukkan minat yang luar biasa dalam sukan bola sepak khususnya. Minat yang luar biasa ini dizahirkan melalui penyertaan dalam pelbagai kejohanan yang  melibatkan bola sepak dan juga boling padang.

Muhammad Alif Farhan mula mewakili Terengganu dalam permainan boling padang ketika berusia 8 tahun lagi. Pada tahun ini beliau mewakili Terengganu ke Kejohanan Lawn Bowls Remaja Bawah 12 tahun di Ipoh, Perak pada 27 April hingga 2 Mei. Beliau muncul Naib Johan Acara Individu Lelaki Bawah 12 manakala pasukan Terengganu mendapat naib johan keseluruhan.

Beliau juga meminati permainan futsal dan menyertai Kejohanan Futsal Anjuran Milo di Sport Planet Gong Badak dan pasukannya muncul juara kategori bawah 12 tahun. Lantaran itu, pasukannya terpilih mewakili Terengganu ke Grand Final di Kuala Lumpur pada 22 Jun 2014.

Muhammad Alif Farhan pernah menghadiri pemilihan Mykids Soccer Terengganu dan telah terpilih di antara 20 orang pemain terbaik bagi tahun 4. Beliau sekali lagi terpilih di kalangan 10 orang pemain bawah 12 tahun ke kejohanan bola sepak semasa Pelancaran Pelan Pembangunan Bola Sepak Negara di Akademi Bola Sepak Mokhtar Dahari Gambang, Pahang pada 10 April 2014. Dalam kejohanan tersebut, pasukan beliau telah muncul juara kejohanan.

Ekoran daripada itu, beliau telah dipilih mewakili Pasukan Mykids Soccer bagi tahun 4 ke Pertandingan Liga Akademi Tunas Pembangunan Bola Sepak Negara 2014 di Gambang pada 21 hingga 26 Mac dan di Dataran Shah Alam, Selangor pada 20 dan 21 Jun 2014.

Kemuncak kejayaan beliau pada tahun ini ialah apabila terpilih mewakili Malaysia ke Pertandingan Asian Youth Football Festival bawah 10 tahun di Hwaseong, Korea Selatan pada 8 hingga 11 Ogos 2014. Dalam kejohanan tersebut, Malaysia muncul juara kumpulan.

Tahniah adik Muhammad Alif Farhan bin Fauzi...

Bersama juru latih di Gong Badak, Kuala Terengganu

Semasa sesi latihan di Gong Badak.

Road to Korea...

Di KLIA menuju ke Korea

KLIA

Kejohanan di Korea...





Malaysia Boleh....
                                                                                                                
                                                                                                                                    gambar ihsan Pn Mariha bt Mohd Amin

Tuesday 9 September 2014

Selamat Menduduki Peperiksaan UPSR 2014

Pihak SKAT mengucapkan selamat menduduki 
Peperiksaan UPSR kepada semua 72 calon UPSR SKAT 
bermula 9 - 11 September 2014, 
Kami, para guru berdoa agar semua calon 
UPSR SKAT dapat menjawab semua soalan 
dengan tenang dan mendapat keputusan 
yang terbaik nanti.

Wednesday 3 September 2014

Sambutan Ulangtahun Kemerdekaan ke-57










Sambutan ulangtahun kemerdekaan ke-57 peringkat SKAT telah diadakan pada 2 September 2014. Sambutan yang diadakan dewan SKAT bermula jam 11.00 pagi didahulukan dengan pengkisahan tentang perjuangan mencapai kemerdekaan yang disampaikan oleh cikgu Tuan Adnan Tuan Ngah. Acara diteruskan dengan persembahan sajak, lakonan dan nyanyian lagu-lagu patriotik oleh murid-murid.  

Tuesday 19 August 2014

Kem Kecemerlangan UPSR 2014

Kem Kecemerlangan UPSR 2014 telah diadakan pada 7 hingga 9 Ogos bertempat di Angullia Beach House Resort, Marang. Kem selama 3 hari dua malam itu melibatkan semua murid tahun 6 bagi memberi ruang kepada semua murid untuk belajar sambil beriadah. Kem tersebut telah diadakan dengan kerjasama Yayasan Bakti Negara.
Bacaan Yaasin


Kelas teknik menjawab soalan

Senaman pagi


Riadah

Perasmian penutup

Pengarah Yayasan Bakti Negara sedang merasmikan majlis penutup.

Monday 11 August 2014

Aidilfitri 2014








Sambutan Aidilfitri 2014 di SKAT telah diadakan pada hari Selasa 5 Ogos 2014. Kemeriahan hari raya amat terasa apabila semua murid dan guru memakai pakaian raya pada hari tersebut di samping hidangan juadah aidilfitri yang dibawa oleh guru-guru dan murid-murid sambil menikmati persembahan bertemakan hari raya daripada murid-murid. Murid-murid dan guru-guru juga dihidangkan dengan menu istimewa iaitu nasi minyak yang dimasak sendiri oleh guru-guru.