Tuesday 17 May 2016

Tahniah Bola Baling B11








Kejohanan Bola Baling Liga Juara-Juara Peringkat Negeri Terengganu telah diadakan pada hari Sabtu 14 Mei 2016 bertempat di SK Tok Randok, Hulu Terengganu. SKAT telah menyertai kejohanan anjuran SK Tok Randok bagi kategori bawah 11 tahun lelaki dan perempuan. Bagi kategori perempuan, SKAT telah menjadi naib johan dalam kejohanan tersebut, walaubagaimanapun kategori lelaki telah tewas pada pusingan awal. Tahniah kepada Pasukan B11 Bola Baling SKAT.

Tuesday 10 May 2016

Lawatan Ke PSKT

Pihak jawatankuasa unit beruniform SKAT telah mengadakan lawatan bermaklumat ke Pusat Sains dan Kreativiti Terengganu pada 9 Mei 2016. Lawatan yang disertai oleh 4 unit kokurikulum terdiri daripada murid tahun 4 dan 5 diiringi oleh guru-guru terlibat.






Sunday 17 April 2016

Hari Kantin SKAT

Hari Kantin SKAT telah diadakan pada hari Selasa 12 April 2016. Acara yang  dianjurkan oleh jawatankuasa kantin SKAT bermula jam 9.30 pagi telah disertai oleh pasukan unit beruniform SKAT yang membuka pelbagai gerai jualan. Pada sebelah pagi diadakan pertandingan mewarna dan melukis poster.

Gerai-gerai jualan mendapat sambutan menggalakkan walaupun baru pertama kali diadakan. Ibu bapa murid turut hadir memberikan sokongan pada acara yang dianjurkan itu. Pameran kesihatan dan penerangan mengenai wabak denggi oleh Unit Kawalan Penyakit Bawaan Vektor, Klinik Kesihatan Padang Hiliran turut diadakan.
















Thursday 24 March 2016

Lawatan Timbalan Pengarah Pendidikan Terengganu




Pada 23 Mac 2016, SKAT telah menerima kunjungan daripada Timbalan Pengarah Pendidikan Terengganu Tn. Hj. Matsor b Ismail. Dalam kunjungan singkat itu beliau berkesempatan meninjau perjalanan peperiksaan OTI 1 yang sedang berlangsung.

Wednesday 9 March 2016

Gerhana Matahari Di SKAT

Solat dan khutbah gerhana

Lihat gerhana menggunakan alatan ciptaan panitia sains

teropong...

Melihat gerhana

Fenomena alam gerhana matahari separa yang berlaku pada pagi 9 Mac 2016 di seluruh negara dimanfaatkan oleh guru-guru dan murid-murid di SKAT. Fenomena yang jarang-jarang berlaku itu di mana kali terakhir terjadi pada Januari 2010 dan jika anda terlepas untuk menyaksikannya ianya akan berlaku lagi pada 26 Disember 2019.

Di SKAT, telah diadakan solat sunat gerhana matahari melibatkan guru-guru dan murid-murid yang dipimpin oleh Ustaz Maliki Ali, bacaan khutbah gerhana diadakan sejurus selepas solat. Selepas solat sunat gerhana, murid-murid diberi peluang melihat fenomena gerhana dibantu oleh guru-guru dengan menggunakan alatan khas yang disediakan oleh Panitia Sains. Murid-murid tidak melepaskan peuang untuk melihat fenomena gerhana tersebut.


Tuesday 8 March 2016

Rekod Baru Kejohanan


Tahniah kepada adik Muhammad Nabil Muslim bin Mohd Nasir 
yang merangkul pingat emas dalam acara Lontar Peluru L11
 di Kejohanan Balapan dan Padang MSSDKT yang berlangsung 
di Trek Olahraga SMK Sultan Sulaiman pada 6 Mac 2016. 
 Muhammad Nabil Muslim dari tahun 5 Tekun 
melakukan lontaran sejauh 7.56m 
dan mencatat rekod baharu kejohanan. 

Tahniah dari SKAT.

Tahniah kepada adik Nur Balqis Nisrina bt Ahmad Redzuan kerana telah terpilih 
mewakili Terengganu ke Kejohanan Bola Baling Kategori P12 MSSM 
yang akan berlangsung di Kedah pada 13 - 18 Mac 2016. 
Semoga pasukan Terengganu mendapat kejayaan dalam kejohanan ini.

Thursday 3 March 2016

SKAT Naib Juara Bola Baling L12 MSSDKT

Kejohanan bola baling MSSDKT berlangsung di SKAT pada 24 Februari hingga 2 Mac 2016. Kejohanan selama 5 hari tersebut terbahagi kepada 4 kategori iaitu L17, P17, L12 dan P12. SKAT mengambil bahagian dalam dua acara iaitu L12 dan P12.

Dalam kategori P12, pasukan perempuan SKAT mara hingga ke peringkat suku akhir apabila tewas kepada pasukan SK Banggol Peradong. Manakala dalam kategori L12, pasukan SKAT muncul sebagai naib juara apabila tewas dalam perlawanan akhir kepada pasukan SK Padang Midin. Majlis perasmian penutup dan penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh timbalan PPD Kuala Terengganu Tn Hj Khairi b Mohd Nor. Tahniah kepada kedua-dua pasukan terutamanya pasukan L12 yang mendapat pencapaian terbaik setakat ini.


P12 SKAT

Perlawanan dengan SK Banggol Peradong
L12 SKAT bersama jurulatih dan guru-guru 
Perasmian penutup oleh timbalan PPD KT

Wira SKAT

Meraikan kejayaan sebagai naib juara bersama jurulatih dan pentadbir

Wednesday 20 January 2016

Gotong Royong Basmi Aedes dan Denggi




Program gotong royong membasmi aedes dan denggi telah diadakan di SKAT pada 19 Januari 2016. Program yang disertai oleh semua murid tahap dua dan semua guru serta kakitangan swasta sekolah bermula jam 2.00 petang. Kawasan pembersihan dibahagikan mengikut unit beruniform telah meliputi keseluruhan kawasan sekolah. Diharapkan dengan mengadakan program sebegini akan dapat menghapuskan kawasan pembiakan nyamuk aedes dan dapat mengelakkan penularan wabak denggi yang sedang melanda Terengganu sekarang.

Friday 15 January 2016

Kejohanan Merentas Desa 2016

Kejohanan Merentas Desa SKAT 2016 telah diadakan pada hari Khamis 14 Januari 2016. Acara yang bermula di padang SKAT disertai oleh semua murid dari tahun 2 hingga 6 dan merentasi laluan sejauh 4km bagi tahap 2 manakala 1 km bagi tahun 2 dan 3. Murid tahap dua yang mendapat tempat pertama hingga ketiga akan mewakili sekolah ke peringkat daerah yang akan berlangsung di SK Tok Dir pada 18 Januari 2016.