Sunday 28 September 2014

Di Sini Lahirnya Sebutir Bintang...

Muhammad Alif Farhan
Adik Muhammad Alif Farhan bin Fauzi dari tahun 4 Amanah dilahirkan pada 21 Januari 2004. Beliau menunjukkan minat yang luar biasa dalam sukan bola sepak khususnya. Minat yang luar biasa ini dizahirkan melalui penyertaan dalam pelbagai kejohanan yang  melibatkan bola sepak dan juga boling padang.

Muhammad Alif Farhan mula mewakili Terengganu dalam permainan boling padang ketika berusia 8 tahun lagi. Pada tahun ini beliau mewakili Terengganu ke Kejohanan Lawn Bowls Remaja Bawah 12 tahun di Ipoh, Perak pada 27 April hingga 2 Mei. Beliau muncul Naib Johan Acara Individu Lelaki Bawah 12 manakala pasukan Terengganu mendapat naib johan keseluruhan.

Beliau juga meminati permainan futsal dan menyertai Kejohanan Futsal Anjuran Milo di Sport Planet Gong Badak dan pasukannya muncul juara kategori bawah 12 tahun. Lantaran itu, pasukannya terpilih mewakili Terengganu ke Grand Final di Kuala Lumpur pada 22 Jun 2014.

Muhammad Alif Farhan pernah menghadiri pemilihan Mykids Soccer Terengganu dan telah terpilih di antara 20 orang pemain terbaik bagi tahun 4. Beliau sekali lagi terpilih di kalangan 10 orang pemain bawah 12 tahun ke kejohanan bola sepak semasa Pelancaran Pelan Pembangunan Bola Sepak Negara di Akademi Bola Sepak Mokhtar Dahari Gambang, Pahang pada 10 April 2014. Dalam kejohanan tersebut, pasukan beliau telah muncul juara kejohanan.

Ekoran daripada itu, beliau telah dipilih mewakili Pasukan Mykids Soccer bagi tahun 4 ke Pertandingan Liga Akademi Tunas Pembangunan Bola Sepak Negara 2014 di Gambang pada 21 hingga 26 Mac dan di Dataran Shah Alam, Selangor pada 20 dan 21 Jun 2014.

Kemuncak kejayaan beliau pada tahun ini ialah apabila terpilih mewakili Malaysia ke Pertandingan Asian Youth Football Festival bawah 10 tahun di Hwaseong, Korea Selatan pada 8 hingga 11 Ogos 2014. Dalam kejohanan tersebut, Malaysia muncul juara kumpulan.

Tahniah adik Muhammad Alif Farhan bin Fauzi...

Bersama juru latih di Gong Badak, Kuala Terengganu

Semasa sesi latihan di Gong Badak.

Road to Korea...

Di KLIA menuju ke Korea

KLIA

Kejohanan di Korea...





Malaysia Boleh....
                                                                                                                
                                                                                                                                    gambar ihsan Pn Mariha bt Mohd Amin

No comments:

Post a Comment