Thursday, 29 December 2011
SEMAKAN PERMOHONAN MASUK KE TINGKATAN SATU SEK. MEN. IMTIAZ YAYASAN TERENGGANU TAHUN 2012
Semakan keputusan temuduga kemasukan Tingkatan Satu ke Sekolah Menengah IMTIAZ Yayasan Terengganu Sesi 2012 telah dibuka dan boleh disemak melalui laman web Imtiaz atau di sini. Kepada murid-murid yang memohon ke Imtiaz bolehlah berbuat demikian dan kepada yang berjaya syabas dan tahniah diucapkan.
Wednesday, 28 December 2011
Tiada Lagi Yuran Sekolah, Bantuan Tambahan Diterima
KUALA LUMPUR, 28 Dis (Bernama) -- Kira-kira 457,000 murid Tahun Satu akan memasuki alam persekolahan tahun depan tanpa perlu membayar yuran buat pertama kalinya dalam sejarah pendidikan negara.
Mereka adalah sebahagian daripada 5.3 juta pelajar sekolah rendah dan menengah di sekolah-sekolah kerajaan seluruh negara yang mendapat faedah daripada dasar pendidikan percuma yang diumumkan baru-baru ini dan juga menikmati bantuan tambahan RM100 sebagai persediaan untuk sesi baru persekolahan akan datang.
Pelajar Tingkatan Enam, bagaimanapun, akan menerima baucar buku bernilai RM200 sebagai gantian kepada bantuan persekolahan itu.
Pengumuman mengenai pendidikan percuma dibuat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semasa membentangkan Belanjawan 2012 di Dewan Rakyat pada Oktober lepas dan disambut baik rakyat.
Semasa mencadangkan perkara itu, Najib berkata ia bertujuan memastikan semua kanak-kanak Malaysia tanpa mengira latar belakang sosio-ekonomi mempunyai akses kepada pendidikan berkualiti dan mampu.
Sebelum ini, pelajar sekolah rendah dan menengah, masing-masing dikehendaki membayar RM24.50 dan RM33.50 untuk ko-kurikulum, kertas ujian dalaman, yuran Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia dan premium perlindungan insurans.
Penghapusan bayaran tersebut melibatkan peruntukan tambahan RM150 juta.
Di bawah Belanjawan 2012, RM50.2 bilion diperuntukkan untuk sektor pendidikan di samping RM1.9 bilion untuk perbelanjaan mengurus.
Ini menunjukkan komitmen kerajaan dalam mengarusperdanakan bidang pelajaran dan usaha menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan akademik.
Banyak pihak khususnya Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional menganggap pemansuhan yuran pelbagai bagi pelajar sekolah rendah dan menengah mulai sesi persekolahan akan datang ini sebagai hadiah sangat bermakna untuk rakyat.
Bantuan RM100 kepada pelajar Tahun Satu hingga Tingkatan Lima itu bertujuan membantu meringankan bebanan ibu bapa yang mempunyai anak yang sedang bersekolah, lebih-lebih lagi yang mempunyai ramai anak.
Bantuan itu yang disambut baik dan dinanti-nantikan oleh orang ramai, telah dipersoalkan oleh pembangkang di Dewan Rakyat, dengan mengatakan pengagihan wang itu yang dilaksanakan sejak November lepas, sebagai " tidak mengikut prosedur kerana peruntukannya hanya diluluskan bagi tahun 2012."
Kementerian Pelajaran bagaimanapun menjelaskan bantuan itu diambil terus daripada Dana Akaun Pembayaran Perbendaharaan Yang Disatukan untuk tahun ini, yang sudah diluluskan oleh Perbendaharaan, jadi kementerian tidak perlu menggunakan peruntukan daripada belanjawan tahun depan bagi tujuan itu.
Ada juga sesetengah sekolah yang tidak menyerahkan kesemua wang RM100 itu kepada pelajar yang telah menyebabkan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berulang kali mengingatkan sekolah-sekolah berkenaan supaya mengembalikan baki wang bantuan itu.
Selain memberi pendidikan percuma dan bantuan kewangan itu, keputusan Kabinet mengenai program Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) turut menjadi topik hangat perbincangan pada tahun ini.
Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran mengumumkan baru-baru ini bahawa program Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Malaysia akan dilaksanakan sepenuhnya di sekolah rendah pada tahun 2016 dan di sekolah menengah pada 2021.
Keputusan itu membuktikan kerajaan sedia menyahut dan menimbangkan supaya pelaksanakan dasar-dasar baru itu tidak menyusahkan sehingga boleh menjejaskan prestasi pelajar di sekolah. Pelajar yang sudahpun mengikuti pelajaran di bawah sistem PPSMI boleh meneruskannya sehingga tamat, dan pada waktu yang sama murid-murid yang baru memasuki sekolah dikehendaki mengikut sistem baru dikenali program Memartabatkan Bahasa Melayu dan Mengukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI).
PPSMI diperkenalkan oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada tahun 2003 bagi tujuan meningkatkan penguasaan mata pelajaran Sains dan Matematik. Namun implikasi PPSMI ke atas identiti kebudayaan dan keperibadian negara telah dibahaskan sejak ia mula dilaksanakan.
Dalam Belanjawan 2012 yang diluluskan baru-baru ini, sektor pendidikan juga menerima beberapa peruntukan lain termasuk dana khas RM1 bilion bagi pembinaan, pembaikan dan penyelenggaraan sekolah-sekolah serta baucar buku untuk pelajar di institusi pengajian tinggi.
Tanpa melupakan golongan guru, Perdana Menteri juga mengumumkan lima kaedah kenaikan pangkat untuk mereka yang akan berkuat kuasa 1 Jan, 2012.
Lima kaedah itu yang hanya terpakai bagi profesioan perguruan terdiri daripada kenaikan mengisi kekosongan, kenaikan khas untuk penyandang, kenaikan berdasarkan tempoh, kenaikan untuk pengetua atau guru besar cemerlang dan kenaikan pangkat guru cemerlang.
Kaedah baru kenaikan pangkat itu diharapkan dapat menaikkan semangat kira-kira 480,000 orang guru di seluruh negara, untuk memberi perkhidmatan pendidikan yang lebih baik kepada negara.
Muhyiddin berkata insentif tersebut adalah sebahagian daripada usaha kerajaan menambah baik perkhidmatan awam pada keseluruhannya. - BERNAMA
Saturday, 17 December 2011
SISTEM SARAAN BARU PERKHIDMATAN AWAM (SBPA)
Sukacita dimaklumkan bahawa sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) boleh dicapai mulai 16 Disember 2011 hingga 31 Disember 2011, melalui laman web KPM iaituwww.moe.gov.my ataupun melalui http://sbpa1.jpa.gov.my/opsyenmoe/ atauhttp://sbpa2.jpa.gov.my/opsyenmoe/. Untuk memasuki sistem SBPA Y. Bhg. Tan Sri/Dato' Sri/Datuk/Dato'/Datin/Tuan/Puan hanya perlu memasukkan:-
ID Pengguna : Sila masukkan No Kp anda
Kata laluan : Sila masukkan katalaluan anda sama seperti kata laluan HRMIS
Sekiranya Y. Bhg. Tan Sri/Dato' Sri/Datuk/Dato'/Datin/Tuan/Puan tidak pernah menggunakan aplikasi HRMIS Y. Bhg. Tan Sri/Dato' Sri/Datuk/Dato'/Datin/Tuan/Puanboleh menggunakan No. Kp sebagai menggantikan ID Pengguna dan katalaluan untuk memasuki sistem SBPA.
2. Y. Bhg. Tan Sri/Dato' Sri/Datuk/Dato'/Datin/Tuan/Puan boleh mencetak surat tawaran opsyen SBPA setelah maklumat perkhidmatan Y. Bhg. Tan Sri/Dato' Sri/Datuk/Dato'/Datin/Tuan/Puan disahkan oleh pengurus sumber manusia di agensi masing-masing.
3. Sebarang pertanyaan mengenai maklumbalas SBPA Y. Bhg. Tan Sri/Dato' Sri/Datuk/Dato'/Datin/Tuan/Puan bolehlah menghubungi talian seperti di bawah:-
Talian Helpdesk Hotline SBPA
Tel : 03-8884 7137/7189/7038
Emel : sbpa@moe.gov.my
Hotline Teknikal
Pasukan Aplikasi : 03-8316 4134/4135
Pasukan Server : 03-8316 4119/4120/4105
Emel Teknikal : helpdesk_sbpa@jpa.gov.my
Sumber: USR JPNT
Tuesday, 22 November 2011
SAPS Untuk Nilai Prestasi Murid
KUALA LUMPUR: Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) adalah untuk menilai perkembangan prestasi murid dan tidak timbul soal ketidakadilan kepada sekolah luar bandar berbanding sekolah di bandar, kata Timbalan Menteri Pelajaran Dr Mohd Puad Zarkashi.
Katanya SAPS merupakan sistem analisis data standard yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran yang menilai dan mengikuti prestasi pelajar sekolah tanpa mengira sama ada sekolah itu di bandar atau di luar bandar.
"Ia bukan bertujuan mengukur pencapaian sesebuah sekolah sebaliknya berfungsi untuk mengesan kelemahan murid bagi mengatasi kelemahan berkaitan pelajaran yang dihadapi murid di sesebuah sekolah seawal yang mungkin," katanya ketika menjawab soalan Che Uda Che Nik (Pas-Sik) di Dewan Rakyat Selasa.
Mengenai capaian internet di sekolah luar bandar yang membebankan guru-guru untuk aplikasi SAPS, Mohd Puad berkata kementerian berusaha menyediakan tiga hingga lima buah server di setiap sekolah.
"Dan bagi mengurangkan tekanan kepada guru semasa proses pengisian markah peperiksaan, guru-guru hanya perlu mengisi sistem SAPS setahun dua kali sahaja iaitu bagi markah peperiksaan pertengahan tahun dan akhir tahun," katanya.
Menjawab soalan tambahan Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh (BN-Kalabakan)mengenai peruntukan kepada sekolah luar bandar untuk mengadakan kelas tuisyen, Mohd Puad berkata kementerian ada menyediakan peruntukan untuk kelas tuisyen di sekolah luar bandar. - BERNAMA
Thursday, 17 November 2011
UPSR 2011
| 5A |
Sekalung tahniah diucapkan kepada calon-calon UPSR 2011 yang telah berjaya dalam peperiksaan yang telah diumumkan. Seramai 13 orang calon telah mendapat 5A dalam keputusan yang diumumkan jam 10 pagi 17 November 2011.
Seramai 82 orang calon yang mengambil peperiksaan tersebut, daripada jumlah tersebut 73 orang telah lulus semua mata pelajaran. Apa yang lebih membanggakan adalah keputusan bagi Bahasa Inggeris mencatat rekod tersendiri dengan kesemua calon lulus mata pelajaran tersebut. Manakala bagi mata pelajaran lain, jumlah lulus A, B & C melebihi 90%.
Wednesday, 16 November 2011
Anugerah Kecemerlangan
Majlis Anugerah Kecemerlangan Murid 2011 telah diadakan pada 15 November 2011 di Dewan SKAT. Majlis yang dirasmikan oleh YDP PIBG Tn. Hj. Ramli bin Abdullah bermula jam 9.00 pagi memberi penghargaan kepada kejayaan murid-murid dalam peperiksaan akhir tahun. Majlis tersebut turut dihadiri oleh Guru Besar dan semua guru SKAT. Antara anugerah yang diberikan dalam majlis tersebut adalah anugerah pencapaian dalam kela, anugerah mata pelajaran terbaik, anugerah kelas KAFA, Anugerah Nilam, anugerah pelajar terbaik serta graduasi pra sekolah. Dalam majlis tersebut juga telah disampaikan hadiah utama bagi Anugerah Nilam iaitu sebuah basikal.
![]() |
| Ibu bapa... |
![]() |
| Persembahan murid tahun 2 |
![]() |
| Graduasi Pra Sekolah |
![]() |
| Persembahan Pra |
![]() |
| Terima kasih cikgu.... |
![]() |
| Persembahan tahun 3 |
![]() |
| Anugerah Nilam |
![]() |
| Tokoh Murid Lelaki |
![]() |
| Tokoh Murid Perempuan |
Tuesday, 15 November 2011
Korban
Sambutan Hari Raya Aidil Adha telah diadakan di SKAT pada 8 November 2011 iaitu pada hari raya ketiga. Seekor lembu telah dikorbankan dalam majlis tersebut hasil kerjasama 7 orang guru yang bermurah hati untuk mengadakan majlis korban di sekolah. Sebahagian daripada daging tersebut telah dimasak di sekolah dan sebahagian besar daripada daging tersebut telah diagihkan kepada pihak yang berkenaan.
Sementara itu, majlis khatam Quran bagi murid tahun 6 telah diadakan serentak di dewan sekolah. Majlis tersebut telah dikendalikan oleh Ustaz Nazar. Selesai majlis, murid-murid dijamu dengan nasi minyak yang telah dimasak oleh guru-guru dan kaki tangan sekolah.
![]() |
| Sembelih |
![]() |
| Lapah |
![]() |
| Proses menyiang daging... |
![]() |
| Dalam dewan |
![]() |
| Khatam Quran |
![]() |
| Agih.... |
![]() |
| Masak... |
Subscribe to:
Posts (Atom)















