Tuesday, 8 March 2016

Rekod Baru Kejohanan


Tahniah kepada adik Muhammad Nabil Muslim bin Mohd Nasir 
yang merangkul pingat emas dalam acara Lontar Peluru L11
 di Kejohanan Balapan dan Padang MSSDKT yang berlangsung 
di Trek Olahraga SMK Sultan Sulaiman pada 6 Mac 2016. 
 Muhammad Nabil Muslim dari tahun 5 Tekun 
melakukan lontaran sejauh 7.56m 
dan mencatat rekod baharu kejohanan. 

Tahniah dari SKAT.

Tahniah kepada adik Nur Balqis Nisrina bt Ahmad Redzuan kerana telah terpilih 
mewakili Terengganu ke Kejohanan Bola Baling Kategori P12 MSSM 
yang akan berlangsung di Kedah pada 13 - 18 Mac 2016. 
Semoga pasukan Terengganu mendapat kejayaan dalam kejohanan ini.

Thursday, 3 March 2016

SKAT Naib Juara Bola Baling L12 MSSDKT

Kejohanan bola baling MSSDKT berlangsung di SKAT pada 24 Februari hingga 2 Mac 2016. Kejohanan selama 5 hari tersebut terbahagi kepada 4 kategori iaitu L17, P17, L12 dan P12. SKAT mengambil bahagian dalam dua acara iaitu L12 dan P12.

Dalam kategori P12, pasukan perempuan SKAT mara hingga ke peringkat suku akhir apabila tewas kepada pasukan SK Banggol Peradong. Manakala dalam kategori L12, pasukan SKAT muncul sebagai naib juara apabila tewas dalam perlawanan akhir kepada pasukan SK Padang Midin. Majlis perasmian penutup dan penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh timbalan PPD Kuala Terengganu Tn Hj Khairi b Mohd Nor. Tahniah kepada kedua-dua pasukan terutamanya pasukan L12 yang mendapat pencapaian terbaik setakat ini.


P12 SKAT

Perlawanan dengan SK Banggol Peradong
L12 SKAT bersama jurulatih dan guru-guru 
Perasmian penutup oleh timbalan PPD KT

Wira SKAT

Meraikan kejayaan sebagai naib juara bersama jurulatih dan pentadbir

Wednesday, 20 January 2016

Gotong Royong Basmi Aedes dan Denggi




Program gotong royong membasmi aedes dan denggi telah diadakan di SKAT pada 19 Januari 2016. Program yang disertai oleh semua murid tahap dua dan semua guru serta kakitangan swasta sekolah bermula jam 2.00 petang. Kawasan pembersihan dibahagikan mengikut unit beruniform telah meliputi keseluruhan kawasan sekolah. Diharapkan dengan mengadakan program sebegini akan dapat menghapuskan kawasan pembiakan nyamuk aedes dan dapat mengelakkan penularan wabak denggi yang sedang melanda Terengganu sekarang.

Friday, 15 January 2016

Kejohanan Merentas Desa 2016

Kejohanan Merentas Desa SKAT 2016 telah diadakan pada hari Khamis 14 Januari 2016. Acara yang bermula di padang SKAT disertai oleh semua murid dari tahun 2 hingga 6 dan merentasi laluan sejauh 4km bagi tahap 2 manakala 1 km bagi tahun 2 dan 3. Murid tahap dua yang mendapat tempat pertama hingga ketiga akan mewakili sekolah ke peringkat daerah yang akan berlangsung di SK Tok Dir pada 18 Januari 2016.

























Monday, 9 March 2015

Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-21






Mesyuarat Agung PIBG SKAT telah diadakan pada hari Sabtu 7 Mac 2015 bertempat di Dewan SKAT. Mesyuarat yang bermula jam 9.15 pagi telah dirasmikan oleh En. Mohd Shahril bin Marzuki, Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat yang mewakili En. Omar bin Adam, Pegarah Agensi Transformasi Rakyat Terengganu (ATRA). 

Mesyuarat Agung pada kali ini telah melantik Tn. Hj. Zaidi bin Ahmad sebagai Pengerusi menggantikan Tn. Hj. Ramli bin Abdullah. Naib pengerusi pula telah disandang oleh En. A. Ghani b Awang menggantikan Tn. Hj. Saad b Kassim. Seramai 6 orang ajk mewakili ibu bapa juga telah dipilih.

Mesyuarat kali ini juga telah diserikan dengan 2 persembahan daripada murid-murid tahap satu dan tahap dua.

Sunday, 11 January 2015

Hari Pertama



Perhimpunan pagi

Segak dan bergaya pada hari pertama

Khusyuk...

Taklimat Transisi Tahun 1



Hari pertama persekolahan tahun 2015 walaupun bermula lewat seminggu daripada tarikh asal kerana masalah banjir namun kemeriahan terasa apabila ibu bapa mula menghantar anak mereka ke sekolah seawal pagi. Di SK Atas Tol pada tahun ini sebanyak 3 kelas bagi tahun satu telah dibuka, melebihi kebiasaan iaitu dua kelas sahaja. 

Perjalanan persekolahan hari pertama tidak banyak bezanya dengan hari-hari lain di mana proses PdP berjalan seperti biasa setelah perhimpunan pagi Ahad diadakan di Dataran Perhimpunan. Pada jam 11.45 pagi telah diadakan taklimat mengenai transisi tahun 1 kepada ibu bapa murid tahun satu. Semoga tahun 2015 memberikan lebih banyak kejayaan kepada SK Atas Tol.