Saturday 27 August 2011

Khatam Quran Dan Bantuan Hari Raya

 Khatam Quran

 Ustaz Nazar memimpin majlis khatam

 Khusyuk...

 Guru-guru SKAT

Majlis Khatam Quran dan penyampaian bantuan hari raya telah diadakan pada hari terakhir persekolahan sebelum cuti sempena Aidilfitri. Majlis yang dimulakan dengan acara khatam quran telah bermula jam 10.30 pagi diadakan di Dewan SKAT melibatkan murid-murid tahun 6 dan dipimpin oleh Ustaz Nazar.

 Guru Besar menyampaikan ucapan

 Setiausaha Kehormat DPPMT

Penyampaian Hamper Raya

Majlis kemudiannya diteruskan dengan acara penyampain bantuan hari raya kepada 50 orang murid-murid yang terpilih. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Setiausaha Kehormat Dewan Perniagaan Melayu Malaysia cawangan Terengganu (DPPMT) En. Ahmad Zaini b Abd. Ghani.

Dapat duit raya

Acara terakhir pada hari tersebut ialah penyampaian duit raya kepada semua murid SKAT. Semua murid menerima duit tersebut yang diagihkan oleh GPK Pentadbiran dan GPK HEM. Sebelum pulang, murid-murid bersalaman dengan semua guru.....   Selamat Hari Raya...

No comments:

Post a Comment