Wednesday 29 February 2012

Kem Ibadat

Acara Perasmian

Guru Besar merasmikan Kem Ibadat

Amali mandi wajib

Kem Kecemerlangan Ibadat telah dadakan pada 16 & 17 Februari 2012 bertempat di Kem Pengakap Tengku Muhammad Ismail, Kuala Terengganu. Kem ibadat yang disertai oleh 75 orang murid tahun 6 SKAT bertujuan memberi pendedahan kepada peserta agar dapat menunaikan solat dengan sempurna dari segi bacaan, perbuatan dan pergerakan di samping dapat membentuk satu generasi yang berilmu serta taat kepada suruhan Allah. Kem yang dianjurkan bersama oleh Unit Bimbingan & Kaunseling serta Panitia Agama Islam mendapat kerjasama sepenuhnya daripada Pejabat Agama Daerah Kuala Terengganu. Acara perasmian kem tersebut telah disempurnakan oleh Tuan Guru besar SKAT pada sebelah pagi 16 Februari.

Menurut penyelaras program tersebut, Ustaz Maliki Ali, kem ibadat selama 2 hari telah diisi dengan pelbagai program seperti ceramah agama, amali bersuci dan amali solat serta solat tahajjud. Para penceramah telah diundang khas daripada Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu. Guru-guru SKAT serta guru-guru kelas Kafa turut sama berganding bahu dalam menjayakan program tersebut yang diharapkan dapat memberikan suatu semangat baru kepada semua peserta dalam mentaati suruhan Allah.  
Gambar oleh Pn Liza Abdullah

No comments:

Post a Comment