Saturday 2 February 2013

Maulidur Rasul

Sambutan Maulidur Rasul di SKAT telah diadakan pada hari Khamis 30 Januari 2013. Sambutan bermula jam 8.00 pagi di Dataran Perhimpunan SKAT dengan ucapan dari Tuan Guru Besar diikuti dengan perarakan sejauh lebih kurang 2 km yang disertai oleh semua guru dan murid SKAT. Semua guru dan murid berbaju melayu berarak sambil mengalunkan selawat kepada Nabi Muhammad S.A.w. di sepanjang perjalanan tersebut.

Selepas rehat majlis diteruskan di dewan SKAT dengan ceramah dan kuiz serta persembahan khas dari kumpulan Ribbath Sheikh Abdul Malik dari Serada, Kuala Terengganu.






















No comments:

Post a Comment