Tuesday 1 October 2013

Ekspedisi Berbasikal








SKAT buat kali ketiga telah berjaya menganjurkan ekspedisi berbasikal dari SKAT ke Sekayu di Hulu Terengganu. Ekspedisi kali ini diadakan pada 26 hingga 28 September 2013 dan buat julung kalinya ianya dianjurkan bersama dengan SK Padang Hiliran, Kuala Terengganu. Ekspedisi sejauh 54km melibatkan murid-murid lepasan UPSR dari kedua-dua sekolah telah dilepaskan oleh Guru Besar SKPH di perkarangan SKAT. Peserta ekspedisi diiringi oleh pasukan polis trafik dan guru-guru dari kedua-dua buah sekolah telah melalui kampung-kampung seperti Pengadang Baru, Kepong, Serada, Tiruk, Pasir Tinggi, Pantai Ali, Butut, Kuala Menjing seterusnya ke Taman Pertanian Sekayu.

Semua peserta dan guru pengiring bermalam di sana selama dua malam sebelum bertolak balik pada hari Sabtu melalui laluan yang sama. Semasa di Sekayu, peserta telah menjalankan beberapa aktiviti antaranya ceramah keselamatan jalanraya oleh Majlis Keselamatan Jalan Raya, aktiviti explorace dan ceramah kepenggunaan oleh KPDNHEP.

Semoga dengan aktiviti yang diadakan ini akan memberikan pendedahan dan maklumat yang berguna kepada semua peserta program ini.

No comments:

Post a Comment