Wednesday 14 May 2014

Ceramah Keselamatan Jalanraya




     SKAT dengan kerjasama Unit Bimbingan dan Kaunseling telah mengadakan kempen kesedaran keselamatan jalanraya pada hari Isnin 12 Mei 2014. Pihak sekolah telah menjemput penceramah dari Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) untuk menyampaikan ceramah mengenai keselamatan jalanraya, langkah-langkah keselamatan semasa menggunakan jalanraya bagi mengelakkan kemalangan. Ceramah tersebut telah disampaikan oleh Tuan Haji Ramli bin Yusof dari JKJR.
         Ceramah tersebut yang diselang-selikan dengan tayangan video mengenai penggunaan jalanraya yang selamat telah menarik perhatian murid-murid tambahan pula disertakan dengan cenderamata kepada murid-murid yang dapat menjawab soalan yang diberikan. Ceramah yang berakhir jam 10.30 pagi banyak memberikan input yang berguna kepada murid-murid untuk dipraktikkan semasa berada di jalanraya.


No comments:

Post a Comment