Tuesday 1 July 2014

Kejutan Hari Guru 2014

Mr. Robin Kaye dan anaknya menikmati roti canai dan kuih-muih.

Mr. Robin Kaye meninjau tapak rumah guru yang pernah didiaminya.

Bersama bekas muridnya yang sekarang bekerja di sekolah ini.

Bersama murid-murid SKAT

Bercerita tentang pengalamannya.

Di hadapan SKAT.

Bersama Guru Besar SKAT.
Sambutan Hari Guru warga SKAT pada tahun ini dikejutkan dengan sesuatu yang tidak diduga. Ketika sedang sibuk mengadakan majlis sambutan hari guru, kami didatangi oleh dua orang pelawat dari luar negara.
Mereka ialah Mr. Robin Kaye dan anaknya Grant Kaye. Robin Kaye menjelaskan, beliau pernah mengajar di SKAT pada tahun 1969 hingga 1970. 

Beliau yang berumur 69 tahun sekarang menetap di Hawaii manakala anaknya 35 tahun menetap di California dan datang melancong ke Malaysia, mengambil kesempatan tersebut untuk menjenguk kembali ke sekolah tempat beliau mula-mula bertugas. Beliau turut meninjau kawasan rumah guru yang pernah didudukinya di dalam kawasan sekolah, sekarang kawasan tersebut tinggal tapak sahaja.

Sebelum beliau meninggalkan SKAT, beliau sempat bertemu mata dengan guru-guru dan murid-murid SKAT serta menyaksikan persembahan murid sempena hari guru. Dalam nada berseloroh beliau mengajak guru-guru dan murid-murid untuk bercuti di Hawaii.

No comments:

Post a Comment