Sunday, 1 April 2012

Bola Baling MSSDKTS




Kejohanan Bola Baling MSSDKTS sedang berlangsung dari 1 - 4 April 2012. SKAT juga tidak ketinggalan mengambil bahagian dalam kejohanan tersebut yang berlangsung di SK Gong Kapas Kuala Terengganu. Pada 1/4/2012 pasukan perempuan telah menempah tempat ke peringkat suku akhir setelah melalui 3 perlawanan dengan dua kemenangan dan satu seri. SKAT telah berjaya menewaskan tuan rumah 1 - 0, seri dengan SK Pusat Bukit Besar 2 -2 dan menang dengan SK Kg. Bukit 4 - 1. Perlawanan peringkat suku akhir akan berlangsung pada hari Selasa ini. Semoga SKAT BOLEH........

Thursday, 29 March 2012

Majlis Tadarus Al-Quran Sekolah-sekolah (MTQSS)

Majlis Tadarus Al-Quran Sekolah-sekolah (MTQSS) Peringkat PKG Durian Burung telah diadakan pada hari Khamis 22 Mac 2012. SKAT telah dipilih sebagai tuan rumah majlis tersebut yang bermula jam 8.30 pagi. Sebanyak 3 acara telah diadakan iaitu Tilawah Al-Quran, Bercerita, dan Hafazan yang dibahagikan mengikut kategori lelaki dan perempuan. Semua sekolah di dalam PKG Durian Burung telah menyertai acara tersebut.

Peserta yang mengambil bahagian

Taklimat Hakim

Panel Hakim

Hafazan Perempuan

Tilawah Perempuan

Bercerita Lelaki

Bercerita Permpuan

Tilawah Lelaki

Hafazan Lelaki

Penyampaian Hadiah

Friday, 2 March 2012

Kejohanan Merentas Desa

Taklimat sebelum larian...

Peserta perempuan Tahap 1

Peserta lelaki Tahap 1

Tamat Tahap 1

Tahap 2 lelaki....

Menuju penamat...

Melalui desa.....

'Check Point'

Tamat.... berjoget bersama PK Ko...

Johan keseluruhan Rumah Kuning....

Hadiah.... 'sekut cotek'

Kejohanan Merentas Desa SKAT telah diadakan pada 1 Mac 2012 bertempat di SKAT. Kejohanan yang bermula agak lewat kerana hujan lebat pada awal pagi bagaimanapun berjalan lancar seperti yang dirancangkan. Para peserta kejohanan dibahagikan kepada dua kategori iaitu Tahap Satu dan Tahap Dua. Kesemua peserta telah dilepaskan oleh PK HEM bermula jam 10.30 pagi. Para peserta Tahap Dua, iaitu murid tahun 4, 5 dan 6 melalui laluan kampung sejauh 4km.

Wednesday, 29 February 2012

Kem Ibadat

Acara Perasmian

Guru Besar merasmikan Kem Ibadat

Amali mandi wajib

Kem Kecemerlangan Ibadat telah dadakan pada 16 & 17 Februari 2012 bertempat di Kem Pengakap Tengku Muhammad Ismail, Kuala Terengganu. Kem ibadat yang disertai oleh 75 orang murid tahun 6 SKAT bertujuan memberi pendedahan kepada peserta agar dapat menunaikan solat dengan sempurna dari segi bacaan, perbuatan dan pergerakan di samping dapat membentuk satu generasi yang berilmu serta taat kepada suruhan Allah. Kem yang dianjurkan bersama oleh Unit Bimbingan & Kaunseling serta Panitia Agama Islam mendapat kerjasama sepenuhnya daripada Pejabat Agama Daerah Kuala Terengganu. Acara perasmian kem tersebut telah disempurnakan oleh Tuan Guru besar SKAT pada sebelah pagi 16 Februari.

Menurut penyelaras program tersebut, Ustaz Maliki Ali, kem ibadat selama 2 hari telah diisi dengan pelbagai program seperti ceramah agama, amali bersuci dan amali solat serta solat tahajjud. Para penceramah telah diundang khas daripada Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu. Guru-guru SKAT serta guru-guru kelas Kafa turut sama berganding bahu dalam menjayakan program tersebut yang diharapkan dapat memberikan suatu semangat baru kepada semua peserta dalam mentaati suruhan Allah.  
Gambar oleh Pn Liza Abdullah

Monday, 13 February 2012

Majlis Pelantikan Pengawas

SKAT 12 Feb. - Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Pengawas Sekolah dan Pengawas Pusat Sumber Sekolah (PSS) telah diadakan di Dewan SKAT pada jam 8.00 pagi. Majlis yang disempurnakan oleh Guru Besar SKAT, En. Ismail bin Kassim telah dihadiri oleh semua pengawas terlibat serta guru-guru SKAT.

Dalam ucapan perasmian tersebut Guru Besar telah berpesan kepada semua pengawas agar menjalankan tugas dengan sebaik mungkin di samping tidak mengabaikan pelajaran. Majlis yang diakhiri dengan lafaz ikrar oleh pengawas itu telah berakhir jam 9.30 pagi.

Ikrar

Ketua Pengawas

Pengawas Sekolah

Pengawas Pusat Sumber




Sunday, 12 February 2012

Maulidur Rasul

Sambutan Maulidur Rasul telah diadakan di SKAT pada 9 Februari 2012. Majlis bermula pada jam 8.00 pagi di Dewan SKAT. Majlis yang disertai oleh semua guru dan murid serta kaki tangan sekolah diisi diisi dengan program selawat dan ceramah serta beberapa pertandingan yang disertai oleh murid-murid. Majlis berakhir jam 1.00 tengah hari dengan jamuan laksa.





Doa memulakan majlis...

Aminnn.....

Ucapan Guru Besar

Selawat....

Pertandingan selawat

Makan laksa....

Makan......

Thursday, 2 February 2012

Kem Professional Pelajar Terbilang

Perasmian....

Peserta kem...

Doa....


Aktiviti....

Aktiviti.....
Kem Professional Pelajar Terbilang telah diadakan di SKAT pada 31 Januari 2012. Kem yang diadakan sempena program baktisiswa oleh mahasiswa Universiti Islam Antarabangsa (UIA) berlangsung dari jam 8.00 pagi hingga jam 5.00 petang telah disertai oleh 200 orang pelajar tahun 5 & 6 dari SKAT, SK Kedai Buluh dan SK Tok Dir.

Kem yang bertemakan 'Intelek Muda Aset Negara' telah dirasmikan oleh Ketua Penolong Pengarah Bahasa Melayu, Sektor Pengurusan Akademik, JPNT, Tuan Haji Che Soh bin Muda. Kem yang dipenuhi oleh pelbagai aktiviti yang berbentuk motivasi itu telah dikendalikan oleh 40 orang mahasiswa dan mahasiswi dari Mahallah Al-Faruq dan Mahallah Halimatus Sa'adiah UIA.